Dataset Viewer
Auto-converted to Parquet Duplicate
url
stringlengths
26
219
headline
stringlengths
21
189
content
sequence
https://www.nona.my/berjaya-genggam-kunci-rumah-impian-di-bulan-kelahiran-ruzaini-jamil-luah-kesyukuran/
Berjaya Genggam Kunci Rumah Impian Di Bulan Kelahiran, RUZAINI JAMIL Luah Kesyukuran
[ "Selain kasih sayang yang dicurahkan, tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang lelaki bernama suami apabila dapat memberi kehidupan yang selesa dan sempurna buat isteri dan anak tercinta.", "Begitulah perasaan yang dikongsi oleh pereka fesyen duo ternama (Rizman Ruzaini), Ruzaini Jamil. Memuat naik satu posting di akaun Instagram baru-baru ini yang memaparkan diriya bersama isteri dan anak bergambar di hadapan kediaman baru mereka berupa sebuah banglo 3 tingkat. Cantik dan sangat mewah!", "Lebih bermakna, Ruzaini berjaya menggenggam kunci kediaman impian pada bulan kelahirannya yang jatuh pada bulan Hijrah.", "“Alhamdulillah pada hari ini 07.08.2022 maka genaplah umur saya yang Allah SWT kurniakan hingga ke hari ini.", "“Dalam banyak-banyak rezeki yang Allah kurniakan, tahun ini merupakan antara rezeki paling besar yang saya terima dariNYA iaitu dapat memiliki sebuah rumah impian untuk dijadikan syurga buat isteri dan anak saya juga tak lupa pada ibu saya.", "Menurut Ruzaini, sebelum memiliki kediaman mewahnya itu pelbagai cabaran dihadapi bersama isteri.", "“Pelbagai dugaan dan cabaran juga saya dan isteri hadapi sebelum dapat menggenggam kunci rumah ini. Dapat kunci betul-betul pada bulan Hijrah, dan pada bulan kelahiran saya.", "Menurut Ruzaini, memiliki rumah impian juga antara salah satu janji terhadap wali isterinya untuk menyediakan sebuah ‘syurga’ buat isteri dan anak.", "“Atas doa dari ibu, keluarga dan teman-teman kami, Alhamdulillah dapatlah juga saya sempurnakan janji-janji yang saya baca dihadapan wali isteri saya dahulu, untuk menyediakan tempat berteduh dan sebuah syurga untuknya dan anak kami. ", "“Betullah orang cakap anak itu adalah rezeki. Bukan hanya rezeki, malah pembuka jalan untuk setiap rezeki yang datang.", "“Buat semua yang wish dan mendoakan saya sempena harijadi saya, berbanyak-banyak terima kasih. Semoga doa-doa kalian berbalik pada empunya badan juga…Amin.”", "Ruzaini dan isterinya, Nurul Hidayati Yahaya bergelar suami isteri pada Februari 2016. Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat adoreable iaitu Rahil Ruzaini yang kini berusia satu tahun.", "Isterinya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sebuah Kementerian.", "Semoga Ruzaini dan isteri kekal bahagia serta sukses dalam kerjaya masing-masing. Semoga jenama tersohor Rizman Ruzaini kekal unggul di persada seni fesyen tanahair dan antarabangsa.", "Kredit: Instagram Ruzaini Jamil" ]
https://www.nona.my/persamaan-hero-pujaan-malaya-fattah-amin-zul-ariffin-yang-tengah-meletup-letup-sekarang/
Persamaan Hero Pujaan Malaya, FATTAH AMIN & ZUL ARIFFIN Yang Tengah Meletup-Letup Sekarang
[ "Dua nama aktor ini, dilihat antara yang paling popular dalam industri perfileman dan drama Malaysia sepanjang tahun 2017.", "Penampilan Fattah Amin, 27, dalam drama Suri Hati Mr. Pilot (2016), diikuti Hero Seorang Cinderella (2017) dikatakan antara yang paling berjaya melonjakkan namanya ke tahap sekarang.", "Manakala Zul Ariffin, 31, yang kini digilai kerana wataknya sebagai Umayr Harris dalam Titian Cinta (2017) membuatkan nama jejaka itu sentiasa evergreen di hati peminat.", "Menariknya tentang mereka, banyak persamaan atau kebetulan yang dapat dikesan melalui postings masing-masing di Instagram. Tak percaya?", "(a) Pernah Memegang Watak Juruterbang", "\nFattah Amin sebagai Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul dalam Rindu Awak 200%.", "(b) Memiliki fizikal yang menarik", "Kedua-duanya memiliki tubuh yang sasa serta rupa paras yang kacak. Fattah Amin berketinggian 1.8m manakala Zul Ariffin pula 1.85m. Mereka juga memulakan kerjaya seni sebagai model.", "(c) Dipilih sebagai duta produk", "Berbekalkan kelebihan di atas, tidak hairanlah jika mereka berdua sering diintai oleh jenama-jenama terkenal untuk dijadikan duta. Fattah Amin pernah bergelar duta SAFI Men, OLIcandy, Oppo R9 dan terkini, Maydan. Zul Ariffin pula dikenali sebagai duta Fisherman’s Friend, Nescafe, Proton, Gatsby dan Lipton.", "(d) Ada koleksi jubah", "Sepanjang musim perayaan lalu, mereka berdua giat mempromosikan koleksi jubah masing-masing iaitu koleksi Far8 by Altelia Amani by Fattah Amin serta koleksi Elhombre X Zul Ariffin.", "(e) Menerima pelbagai anugerah", "Populariti selari dengan bakat yang dimiliki. Bintang Fattah Amin serta Zul Ariffin bukan saja bersinar di hati peminat, malah diiktiraf oleh para penggiat seni tempatan. Antara yang terbaru, Fattah Amin pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular manakala Zul Ariffin sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dalam ABPBH30.", "Zul Ariffin Keluar Daripada Zon Selamat", "Penampilan Zul Ariffin sebagai Tombiruo atau Ejim dalam filem terbaru Tombiruo: Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, benar-benar mencabar bakatnya sebagai pelakon.", "Dalam filem aksi pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid tersebut, bayangkan Zul perlu bertopeng setiap masa, selain terlibat melakukan sendiri pelbagai scene pertarungan serta stunt.", "Pada pendapat Nona, watak beliau kali ini jauh lebih menarik kerana menguji keupayaannya berlakon ke tahap tertinggi. Jom tengok antara aksi Ejim yang cukup misteri dan tangkas, cuma agak tak puas kalau sekadar melihat foto-foto saja. Jangan lupa tonton sendiri filem Tombiruo: Penunggu Rimba ya! Norzalina Mohd Alias" ]
https://www.nona.my/anggun-mempersona-kenali-4-raja-permaisuri-agong-berhijab-ini/
Anggun Mempersona, Kenali 4 RAJA PERMAISURI AGONG Berhijab Ini!
[ "Penampilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sememangnya menjadi perhatian rakyat. Berikut Nona kongsikan empat Raja Permaisuri Agong yang anggun menawan dengan penampilan berhijab baginda.", "Raja Permaisuri Agong Ke-16", "Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-16 Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan susah dan kesuburan wanita. Disebabkan itu, Tunku Azizah berkenan menjadi Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).", "Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, kekanda lelakinya kini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.", "Hasil perkahwinan bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda dikurniakan empat orang putera dan dua puteri iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.", "Tunku Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikan ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah. Selain itu, baginda juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan memegang pelbagai jawatan bagi persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).", "Gaya hijab Tunku Azizah juga menjadi ikutan ramai ketika ini.", "Raja Permaisuri Agong ke-14", "Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun merupakan Sultanah Kedah dan Raja Permaisuri Agong yang ke-14. Baginda dilahirkan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975.", "Tuanku Hajah Haminah merupakan anak kepada pasangan Haji Hamidun Bin Taib dan Hajah Isma Muhammad dan dibesarkan di Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak.", "Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah, sehinggalah pada 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah. Seperti Tuanku Bainun, Tuanku Hajah Haminah antara Raja Permaisuri Agong dari golongan kebanyakan.", "Raja Permaisuri Agong ke-13", "Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah ialah Raja Permaisuri Agong ke-13 yang dilahirkan pada 7 Disember 1973. Baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996.", "Baginda bertemu jodoh dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu dan dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan KDYMM Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.", "Tuanku Nur Zahirah juga antara Raja Permaisuri Agong yang berasal dari golongan rakyat biasa.", "Raja Permaisuri Agong ke-11", "Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah dilahirkan pada 18 November 1971 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perbankan di UiTM Kampus Kota Bharu. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong kesebelas apabila KDYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-11 pada 26 April 1999.", "Baginda berkahwin dengan Sultan Selangor pada 3 Mei 1990 ketika berusia 19 tahun dan dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1999. Tuanku Siti Aishah ialah Raja Permaisuri Agong termuda pada usia 28 tahun.", " Bagaimanapun baginda tidak dapat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Raja Permaisuri Agong kerana DYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mangkat pada 21 November 2001. Tuanku Siti Aishah sempat menjadi Raja Permaisuri Agong selama tempoh dua tahun enam bulan sahaja. Baginda juga menjadi Raja Permaisuri Agong pertama yang memakai hijab dan berasal dari golongan kebanyakan.", "Tuanku Siti Aishah pernah menjadi penghias Majalah Nona pada Ogos 2013.", "Sumber: Warisan Raja & Permaisuri Melayu" ]
https://www.nona.my/neelofa-tak-pernah-hutang-a-datin-noor-kartini-dedah-sikap-cara-didik-anak/
Neelofa Tak Pernah ‘Hutang A’, DATIN NOOR KARTINI Dedah Sikap & Cara Didik Anak!
[ "Bergelar ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor nyata bukan perkara mudah bagi Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Biarpun pada awal pembabitan anak ketiga daripada sembilan beradik itu dalam industri seni menerbitkan perasaan gusar di benaknya namun saban tahun Datin Kartini yang lebih dikenali dengan panggilan Datin Tini sudah mampu menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor Neelofa.", "Tidak mahu membezakan cabaran yang dilaluinya sebagai ibu selebriti melebihi dugaan kebanyakan ibu lain, Datin Tini percaya setiap wanita bergelar ibu tidak terlepas dilanda ujian masing-masing. Mendirikan rumah tangga pada usia muda, Datin Tini yang juga isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan tidak pernah serik mempunyai ramai anak. Selain berdepan persepsi khalayak kerana statusnya sebagai ibu selebriti, dia juga menggalas tanggungjawab besar untuk mendidik sembilan orang anak.", "Percaya didikan yang baik bermula dari rumah, wanita berjiwa penyayang yang lahir pada 8 Julai 1966 ini tidak lokek berkongsi rahsia. “Anak-anak perlu dipupuk dengan amalan murni sejak kecil termasuk tentang disiplin. Bab mendisiplinkan anak-anak, saya serahkan kepada ayah mereka. Didikan saya lebih kepada aspek rohani manakala suami pula mendidik dari segi karakter dan fizikal anak-anak. Suami pun memang seorang yang tegas jadi anak-anak takut kalau tak ikut cakap ayah mereka. Katakan bila cuti sekolah hendak keluar makan dengan kawan-kawan kena beritahu awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum keluar. Kalau esok hendak keluar, malam tadi baru cakap memang tak akan dapat.", "Ketepatan masa juga antara yang paling utama dalam mendidik anak. Mungkin sebab sudah lali dengan cara ayah mereka, Neelofa termasuk adik-beradik yang lain terlatih untuk bersiap awal kalau ada perjumpaan atau shooting. Pada saya, orang yang mahu berjaya kena ada disiplin yang tinggi. Kalau tak ada disiplin dalam diri memang susah hendak maju. Bukan mahu membangga diri tapi hakikatnya saya tak alami kesusahan hendak asuh sembilan anak sebab bila anak sulung sudah tunjuk teladan yang baik, secara automatik adik-adik seterusnya akan ikut cara yang sama,” telus Datin Tini yang mengimpikan anak yang ramai.", "Seperti yang diketahui ramai, Neelofa merupakan antara selebriti yang memiliki keputusan akademik cemerlang sepanjang berada di bangku sekolah. Pernah memperoleh keputusan 5A dalam UPSR, 8A semasa PMR dan 10A ketika menerima Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) membuatkan ramai yang cemburu dengan kelebihan gadis berusia 29 tahun itu. Dia bukan saja dikurniakan raut wajah cantik malah pintar dalam pelajaran.", "Mencungkil apakah resipi kejayaan Neelofa hingga meraih keputusan sedemikian, Datin Tini yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab lantas membuka rahsia. “Saya bukanlah ibu yang tetapkan standard tertentu untuk keputusan pelajaran anak-anak. Memang Neelofa anak yang paling pandai dan tak pernah hutang ‘A’ sama seperti Aqief dan Nur Athisha.", "Waktu baru umur lima tahun, Neelofa sudah mula buat subjek pelajaran untuk usia lapan tahun. Bila saya tengok cara dia belajar dan minatnya dalam pelajaran, saya sokong dan daftarkan dia ke pusat tuisyen di Kota Bharu. Ketika itu kami tinggal di Pasir Mas. Memang rutin dia setiap hari diisi dengan membaca buku dan buat latihan di rumah.", "Pernah masa di MRSM selepas habis peperiksaan PMR, dia telefon saya beritahu susah hati dan menangis sebab takut tak dapat skor A. Sebenarnya saya tak kisah pun kalau dia tak dapat gred A sebab tahu cara dia belajar macam mana. Cuma perangai Neelofa ini.. dia takut buat saya kecewa. Sampai sekarang bila sudah jadi artis pun dia terbawa-bawa perangai itu.", "Sama ada suami atau saya sendiri, kami tak pernah pilih kasih dalam mendidik anak. Semua layanan sama rata saja. Jadi, kalau ada yang tanya apa saya buat untuk anak pandai dalam akademik.. hanya kata-kata perangsang. Tiada ajaran istimewa pun sebab pada akhirnya nanti kemahuan untuk berjaya itu ada dalam diri sendiri. Tak ada sesiapa yang mampu ubah kalau bukan empunya diri.”" ]
https://www.nona.my/suami-melebihkan-isteri-atau-ibu-kupasan-ustaz-ahmad-fuad-mohamad-mokhtar-yang-menyentuh-hati-2/
Suami Melebihkan Isteri Atau Ibu, Kupasan Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar Yang Menyentuh Hati
[ "Memang banyak terjadi dalam masyarakat apabila seorang anak lelaki berkahwin terus melupakan tanggungjawabnya terhadap ibu. Lebih-lebih lagi ibu yang sudah uzur dan tinggal di kampung.", "Mungkin kadang-kadang bukan suami terlupa tetapi tenggelam dalam tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab keluarga kecil yang baru dibinanya. Namun, jika situasi ini terus berlarutan bimbang akan mengecilkan hati ibu yang mengandungkannya.", "Sebaliknya, ada juga seorang suami yang melebihkan tanggungjawab terhadap ibunya sendiri sehingga mengabaikan isteri dan tidak mengendahkan perasaan isteri yang menjeruk rasa.", "Ini adalah antara fenomena yang sering dihadapi oleh seorang suami apabila berhadapan dilema untuk memilih ibunya sendiri atau isteri tercinta. Kupasan Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar tentang isu ini ialah;", "“Hadis yang diriwayat oleh Imam Al-Tarmizi, nak bagitahu kepada kita bagaimana pula tanggungjawab suami untuk dapat reda Allah SWT dengan memberikan tanggungjawab yang cukup sempurna.", "Ada sebuah kisah tentang sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT telah membelakangkan mentuanya. Mentua dalam adab keseluruhannya, peringkat atau bahagian adab kita dengan mentua itu selaras dengan kedua orang tua kita sendiri.", "Maka ada orang dia bernikah bersama dengan anaknya semata-mata. Dia tidak bernikah bersama kedua orang tuanya. Maka sebab itulah kita mesti letakkan bahawa keutamaan ataupun khidmat kepada ibu dan ayah kita setanding juga kepada mentua kita.", "Bagaimana pula kalau ada ibu yang berkecil hati dengan suami ketika mana mengutamakan isteri? Jadi pada hari ini apabila seorang suami keluarkan dana yang cukup besar kepada isteri tapi terlupa untuk berikan kepada ibunya.", "Saya nak bagitahu kepada sahabat wanita di luar sana, seorang wanita yang solehah dia akan ingatkan kepada suaminya untuk berbakti kepada ibunya.", "Dan itulah lantunan permintaan kata-kata seorang wanita yang minta kepada suami agar bukan sahaja dia seorang sahaja yang peroleh bahagia tapi suaminya itu juga memberi kebahagiaan kepada kedua orang tuanya.", "Dalam satu kisah yang tidak berapa kuat riwayatnya iaitu kisah Iqamah yang ketika Iqamah ini mendukacitakan hati ibunya sehingga menyebabkan ringkasannya Iqamah ini jenazahnya tidak boleh mengucap, tak dapat dimandikan dan tak boleh pergi dengan elok.\nSedangkan Iqamah ini adalah seorang yang taat kepada perintah Allah SWT. Tetapi hatinya berpaling saat mempunyai isteri.", "Isteri itu adalah madrasah dan madrasah kepada anak-anak juga madrasah kepada sang suami.", "Walaupun seorang lelaki itu sudah menikah tapi tidak akan lepas daripada beberapa tanggungjawab iaitu;", "Sebab itu sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT perhatikan perkara ini, jangan sampai kita bahagiakan wanita yang dinamakan sebagai isteri tetapi lupa pada tiga tanggungjawab ini.", "Sahabat sekalian, maaf bicara, isteri bila-bila boleh diganti tapi ibu itu hanya satu dan tiada gantinya. Doa isteri itu mungkin boleh berubah-ubah tetapi doa ibu itu tiada hijabnya.", "Di saat kita membelakangkan ibu kita adalah saat kita kita sedang membelakangkan doa kita terhadap Allah SWT. Antara punca doa kita tak makbul, perniagaan kita tak maju, rezeki kita sempit adalah kerana kebiadapan kita kepada kedua orang tua. Paling halus adalah apabila kedua orang tua kita sudah tidak sudi untuk berdoa kepada kita, maka berhati-hatinya pada ketika itu,” kongsi Ustaz Ahmad Fuad.", "Sumber: FB Kuliah Ustaz Fawwaz Mad Jan" ]
https://www.nona.my/gadis-sabah-dan-advocate-untuk-kanak-kanak-autisme-wenanita-angang-dinobat-miss-world-malaysia/
Gadis Sabah Dan ‘Advocate’ Untuk Kanak-Kanak Autisme, Wenanita Angang Dinobat Miss World Malaysia
[ "Wenanita Angang, gadis berusia 26 tahun dari Sabah dinobatkan Miss World Malaysia selepas menewaskan 15 peserta lain di pertandingan ratu cantik tersebut yang berlangsung di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, semalam. Penyandang gelaran Miss World Malaysia 2021, Dr Lavanya Sivaji turut hadir menyerahkan mahkota tersebut kepada acara gilang gemilang tersebut yang dihoskan oleh Jimmy Pamo dan Melisha Lin.", "Wenanita Angang yang kini sedang menyambung pengajian di Sunway University, Subang Jaya, juga merupakan seorang penerbit persidangan antarabangsa. Selain itu, Wenanita juga seorang penyokong kepada usaha hippotherapy kanak-kanak autistik.", "Untuk pengetahuan, Hipoterapi merupakan sejenis terapi fizikal, pekerjaan ataupun pertuturan yang mana ahli terapi menggunakan pergerakan kuda untuk membekalkan input motor dan deria secara bertingkat-tingkat, dengan pelbagai kegiatan seharian untuk mewujudkan suatu asas untuk meningkatkan fungsi neurologi dan pemprosesan deria.", "Ketika ditanya pada pusingan Beauty With Purposes, Wenanita berhasrat untuk menubuhkan pusat program hippotheraphy di Hospital Bukit Padang di Kota Kinabalu. “Kemajuan kanak-kanak ini pasti dapat dilihat dalam tempoh yang singkat sekiranya mereka diberi peluang mengadakan program yang mampan”.", "Semasa pusingan itu, dia memberitahu pada pihak juri masalah geografi menyukarkan memberitahu pihak hospital menyediakan program tersebut. “Ia adalah projek yang mudah dan semestinya tidak mustahil, yang pasti boleh membentuk dunia kanak-kanak ini,” katanya yakin.", "Wenanita juga bukanlah pendatang baru dalam dunia pertandingan ratu cantik kerana dia sebelum ini pernah mewakili Malaysia di Miss Planet 2016 di Batumi City, Georgia, dan menyandang tempat kedua. Dia juga pernh memenangi Miss Sabah Model of the Year Musim 6.", "Wenanita akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 2022, yang akan berlangsung hujung tahun ini." ]
https://www.nona.my/sweet-macam-gula-shila-dan-haris-di-majlis-bertandang/
SWEET Macam GULA Shila Dan Haris Di Majlis Bertandang
[ "Setelah selamat bergelar pasangan suami isteri, kesinambungan ceritera cinta Shila dan Haris diteruskan lagi dengan majlis bertandang. Memilih persalinan rona ungu, busana yang berkonsepkan ‘Luxury traditional contemporary’ ini disuntik dengan elemen fabrik songket. Rekaan busana indah ini tentunya hasil daripada sentuhan ‘keramat’  Azura Couture’.", "Nona kongsikan sedikit momen indah dan manis ketika majlis bertandang malam tadi.", "Kredit: Azura Couture dan mazazi.tv" ]
https://www.nona.my/jadi-penat-tak-boleh-bangun-diserang-panic-attack-mawar-rashid-kongsi-keadaan-terkininya/
“Jadi Penat, Tak Boleh Bangun” Alami ‘Panic Attack’ MAWAR RASHID Kongsi Keadaan Terkininya
[ "Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu bagaimana rasanya panic attack. Tak boleh dipandang mudah kerana ia boleh berlaku secara mengejut.", "Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Mawar Rashid yang juga Dewi Favourite (Dewi Remaja 2014/2015) diserang panic attack di majlis pelancaran produk terbaharunya Mawarose dan buka puasa bersama media.", "Sewaktu naik ke pentas untuk memberi kata-kata aluan bersama suaminya, Raf Yaakob, secara tiba-tiba Mawar merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum ditenangkan oleh suami.", "Setelah Mawar ke tepi pentas bagi menenangkan diri, Raf meneruskan acara dengan sesi pengenalan.", "Raf turut memberitahu kepada wakil media, panic attack boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira tempat atau masa seperti yang mereka saksikan itu.", "Hari ini, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya berkongsi perkembangan terkininya dan kesan selepas diserang panic attack.", "“My life now, 3 days after event. Masih lagi recovery dari panic attack hari tu. Pastu tengah demam juga sebab jangkit dengan anak-anak. ", "“Rafael demam dah 5 hari. Dr bagi antibiotic yang lebih kuat sebab demam lama sangat, dah check demam sebab bacterial infection. ", "“But alhamdulillah Rafael & Cinta dah tak demam. Cuma tengah nak abiskan antibiotic now.”", "Kata Mawar, dia kini sering merasa penat dan tidak produktif untuk bekerja seperti selalu.", "“Honestly after kene panic attack, ambil masa untuk recovery. Sampai hari ni pun masih lagi kuatkan diri untuk lawan. ", "“Jadi penat, tak boleh bangun, dah 2 hari Mawar jadi mengantuk, duk tidur je. Tido bangun tido bangun. Badan tu rasa melekat je kat katil. ", "“Rasa tak boleh buat kerja. Otak tak rasa productive seperti sedia kala.”", "Mawar turut meluahkan, dia bersimpati dengan mereka yang senasib sepertinya sambil memberi kata-kata semangat.", "“Kesiannya sesiapa yang struggle macam Mawar. Korang pun ada rasa macam Mawar ke? Take care tau korang. We can get through this. We just need time & support.”", "Semoga Mawar sihat sepenuhnya dan kembali ceria seperti sedia kala.", "Untuk info, Mawar baru saja melahirkan anak ketiga pada Januari 2023. Enam tahun bergelar isteri kepada Raf, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang. ", "Mawar turut memiliki dua anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.", "Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid" ]
https://www.nona.my/bergelar-isteri-pegawai-tentera-penyampai-berita-nurul-alis-kental-lalui-cinta-jarak-jauh/
Bergelar Isteri Pegawai Tentera, Penyampai Berita NURUL ALIS Kental Lalui ‘Cinta Jarak Jauh’
[ "Hakikatnya bukan mudah bergelar isteri kepada seorang tentera yang bertugas demi negara. Pelbagai cabaran yang harus ‘ditelan’ oleh sang isteri bukan hanya terpaksa berjauhan bahkan perlu sentiasa berdikari dan memahami tugas suami yang bukan calang-calang hebatnya.", "Siapa tak kenal dengan penyampai berita dan pengacara jelita, Nurul Alis Aidil Akhbar atau Kiki yang bersuamikan seorang tentera iaitu Dr Faizal Baharuddin. Hampir 5 tahun pasangan ini melayari bahtera rumahtangga berpaksikan cinta jarak jauh. Kiki di Kuala Lumpur manakala suaminya bertugas di Lumut.", "Selain bergelar Brigedier Jeneral, Dr Faizal juga merupakan Pakar Perubatan Awam serta Pegawai Memerintah 96 Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan TLDM Lumut. Menurut Kiki sejak berlakunya COVID-19 suaminya semakin sibuk dengan tugas.", "“Sebagai frontliner suami bertanggungjawb menjaga keselamatan dan kesihatan seluruh anggota serta keluarga di Pangkalan TLDM Lumut termasuk kawasan-kawasan lain sekitar Lumut dan Manjung yang diletakkan di bawah pengawasan 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) sepanjang PKP.", "Penduduknya sentiasa bersiap sedia dan dapat menampung individu-individu yang disyaki atau dijangkiti virus COVID-19 di sana. Suami juga memastikan segala kelengkapan sentiasa mencukupi dan bersedia membantu dalam apa jua situasi yang bakal negara hadapi.", "PASRAH", "“Ketika mula-mula kena bertugas sebagai frontliner memang terasa sangatlah sebab saya tahu suami akan menjadi sangat sibuk. Sebagai Pegawai Memerintah beliau perlu menjaga keselamatan berpuluh ribu anggota dan keluarga di situ termasuk yang berada di atas kapal di pangkalan.", "Kadangkala terasa juga seperti ‘dianaktirikan’ tetapi ini ujian untuk saya bersabar dan muhasabah diri. Saya faham suami memikul tanggungjawab dan amanah besar yang tak boleh diambil mudah. Suami mampu lakukan tugasnya dengan baik. Setiap kali balik ke rumah memang nampak kepenatan dan kebimbangan suami terhadap hospital dan anggotanya di Lumut.", "PESANAN TERHADAP SUAMI", "Saya selalu berpesan kepada suami supaya jangan terlalu risaukan saya dan anak-anak walaupun saya juga perlu menjalankan tugas di RTM sebagai penyampai berita. Saya kata “Don ‘t worry about me and kids, I got this! U just focus kerja di sana. Bila free nanti call”", "Suami tahu saya seorang yang berdikari. Cuma kalau suami risau pun mungkin takut dengan keselamatan kami terhadap jangkitan COVID-19. Saya selalu ingatkan suami tentang pemakanan dan diet. Sekali sekala saya akan hantar Whatsapp tanya khabar suami termasuk ingatkannya agar sentiasa berwaspada.", "Saya berdoa agar musibah ini berakhir secepat mungkin. Ambil iktibar kerana ketika inilah kita dapat menilai segala kebaikan, kejujuran, keikhlasan, tabiat, perwatakan kita dan insan lain. Siapa yang tamak, bertimbang rasa, sentiasa bersabar dan berusaha memperbaiki situasi.", "Tak lupa, syabas buat isteri-isteri anggota 96 Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut yang bersabar dan bekerjasama berlatih membuat PPE jika diperlukan kelak. Kita permudahkan kerja-kerja suami dan bantu apa yang boleh. Semoga Allah SWT mengurniakan keredhaanNya kepada kita semua Insyaallah.", "Buat frontliners teruskan semangat dalam menjalankan tugas walau ada ketikanya diri diperkecilkan. Tanggungjawab ini amanah besar dan berat. Yang melaluinya saja faham betapa sedihnya anggota terpaksa meninggalkan anak isteri di kala wabak ini bermaharajalela. Berperang dengan sesuatu yang tak nampak. Ini bukan mudah dan tiada senjata yang boleh membunuhnya. Tawakal dan jalankan tugas sehabis baik.", "SAMPAIKAN BERITA SAHIH & TEPAT", "Sebagai penyampai berita tugas saya ialah menyampaikan maklumat sahih dan tepat mengenai COVID-19 di stesen televisyen yang menjadi saluran rasmi kerajaan. Kini terlalu banyak berita palsu berkaitan situasi terkini, agama dan sebagainya tersebar di sosial media. Biarlah pemerintah melaksanakan tugas mereka.", "Sebagai rakyat kita perlu akur dan patuh. Mereka yang di atas seperti Perdana Menteri lebih arif tentang apa yang sedang berlaku kerana sumber info mereka tepat. Patuhi arahan kerajaan kerana sebagai rakyat itulah perkara paling mudah untuk kita lakukan.", "Saya melihat ini sebagai satu hikmah dalam ujian. Kalau dulu ramai yang mengadu sibuk bekerja, tak ada masa untuk keluarga. Nah, sekarang dah diberi banyak masa. Ambil peluang ini untuk eratkan lagi hubungan keluarga. Bersyukurlah,” akhiri Kiki yang kini berusia 45 tahun.", "Kredit Foto: Instagram @kikijoule" ]
https://www.nona.my/berfesyen-jangan-sampai-ke-tahap-menarik-perhatian-orang-prof-madya-dr-nik-salida-suhaila/
“Berfesyen Jangan Sampai Ke Tahap Menarik Perhatian Orang” Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila
[ "Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh bukanlah nama asing di kalangan penceramah paling disegani di Malaysia.", "Kesempatan bertemu beliau di Kompleks Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bukan sekadar mendekatkan penulis dengan wanita berintelektual tinggi ini, malah turut menghuraikan erti fesyen pada pandangan Islam.", "Adakah fesyen dibenarkan dan apakah erti tabarruj atau ‘fesyen yang berlebih-lebihan’?", "Tabarruj itu berasal daripada perkataan buruj, yakni bintang. Apakah sifat bintang? Bersinar cantik dan terang, bukan?", "Sama seperti seorang wanita yang tabarruj, kalau diletakkan depan mata, kita akan pandang dia seorang saja. Sebab itu walaupun pada hari raya kita dituntut untuk memakai pakaian yang cantik namun janganlah sampai ke tahap boleh menarik perhatian orang, menimbulkan syahwat atau mendorong maksiat.", "Ustazah Nik Salida turut menyampaikan nasihat agar berfesyen mengikut syariat Islam.", "Dalam kehidupan seharian ini, tentu kita ada bertemu lelaki bukan muhrim. Kalau boleh, janganlah mengenakan pakaian yang berwarna kulit (nude color) atau yang ketat melekat sehingga menampakkan susuk tubuh, seolah-olah tak berpakaian pula.", "Begitu juga dengan aksesori sanggul di balik hijab. Sebenarnya bonggol tinggi tu boleh membuatkan lelaki ‘berimaginasi’ tentang rambut kita. Bagaimana panjangnya, cantikkah mengurainya… Perkara-perkara inilah yang ditegah dalam Islam.", "Lumrah wanita juga, sukar lari daripada hobi shopping. Ini antara tip Ustazah Nik Salida untuk mengelakkan pembaziran.", "TANAM SIFAT 3 ‘I’", "(1) Tanamkan kecintaan terhadap ILMU kehidupan dan sentiasa mencari reda Allah SWT", "(2) Perlu INGIN berubah untuk berjimat-cermat", "(3) Wujudkan ILTIZAM terhadapnya. Apabila kita sanggup memberikan seluruh komitmen, hati kita tak mungkin akan berbolak-balik untuk membeli sesuatu melampaui keperluan.", "Akhir sekali, istiqamah serta bertegaslah dengan keputusan kita untuk tidak mahu membazir.", "USTAZAH UNDANG-UNDANG", "Wanita berusia 45 tahun dan ibu kepada tiga puteri ini turut mendukung peranan sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).", "Berbekalkan latar belakang seorang peguam syariah, beliau dalam masa yang sama juga pernah aktif sebagai penulis serta penceramah di pelbagai program televisyen popular seperti Al-Kuliyyah, Al-Hidayah, Halaqah, Forum Perdana, Tanyalah Ustazah, Al-Maraaya dan banyak lagi.", "Foto: Facebook Page Nik Salida Suhaila Nik Saleh" ]
https://www.nona.my/covid-19-akan-lemah-jadi-selesema-biasa-prof-sarah-pencipta-vaksin-az-kongsi-khabar-gembira/
COVID-19 Akan Lemah Jadi Selesema Biasa, PROF SARAH Pencipta Vaksin AZ Kongsi Khabar Gembira  
[ "Dame Profesor Sarah Catherine Gilbert yang merupakan seorang ahli vaksinologi dari Jenner Institute & Nuffield Department of Clinical Medicine, Oxford University. Profesor Sarah menjadi individu yang mencipta vaksin AstraZeneca yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.", "Menurut Profesor Sarah, virus Sars-CoV-2 yang menjadi penyebab kepada wabak itu, tidak akan bermutasi menjadi varian berbahaya, sebaliknya menjadi virus korona yang wujud dalam kehidupan harian.", "Sementara itu, Profesor Sarah menegaskan bahawa vaksinasi adalah perkara paling penting bagi mengawal pandemik pada masa akan datang. Tambahnya, persiapan terhadap sebarang kemungkinan pandemik pada masa hadapan adalah penting bagi memastikan wabak tidak dapat menular kepada banyak negara.", "Dalam pada itu, kejayaan yang diraih oleh wanita yang berusia 59 tahun ini mendapat perhatian dunia. Malah, Profesor Sarah telah dianugerahkan gelaran Dame Commander of the Most Excellent Order of the British Empire daripada Kerajaan England atas jasanya dan kebaikan hatinya.", "Profesor Sarah berasal dari Northamptonshire, England dan meraih gelaran sarjana ilmu biologi dari University of East Anglia. Setelah itu melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di Universiti Hull dengan memfokuskan terhadap kajian genetik dan biokimia Rhodosporidium toruliodes.", "Sepanjang kariernya, Profesor Sarah banyak melibatkan diri dalam menghasilkan pelbagai vaksin yang berbeza termasuk malaria dan MERS.", "Portfolio Mattel francais ikonik seperti Barbie juga telah mengangkat Profesor Sarah sebagai Suri Teladan buat kanak-kanak. Barbie telah mengeluarkan dan menghargai jasa petugas hadapan dengan membariskan 6 pekerja seluruh negara termasuk saintis ini. Wajahnya telah sebagai salah satu patung Barbie." ]
https://www.nona.my/meleleh-air-liur-tengok-buffet-ramadan-hotel-hotel-terkemuka-ni/
Meleleh Air Liur Tengok Buffet Ramadan Hotel-Hotel Terkemuka Ni!
[ "Kedatangan Ramadan sememangnya membawa seribu rahmat buat setiap umat Islam. Mana tidaknya, bulan yang penuh keberkatan ini turut dikaitkn sebagai bulan rezeki buat para peniaga, tidak kira sama ada berniaga secara kecil-kecilan sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang. Menjelang 10 hari sebelum Ramadan melabuhkan tirai, NONA kongsikan beberapa lokasi buka puasa yang boleh dicuba!", "Dengan lebih 100 seleksi lauk pauk Melayu, Asian dan Barat, sajian buffet di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pastinya tidak mengecewakan.", "Antara menu yang disediakan termasuklah kerabu jantung pisang, kerabu lala pedas, rojak buah, tauhu sumbat, masi sushi dan aneka hidangan sushi.Jika anda menggemari hidangan seperti sup gear box, ia turut disediakan termasuklah kari kepala ikan salmon, laksa utara, udang kalio belimbing buluh, daging masak lemak cili padi, ikan masak lemak cili padi dan sebagainya.", "Kesemua hidangan ini disediakan di bawah seliaan Eksekutif Chef Rossham Rosli yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perhotelan. Buffet Ramadan di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pada harga RM128 nett dan separuh harga untuk warga emas serta kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. Untuk tempahan sila hubungi  +03-4040 9888.", "Hotel bertaraf empat bintang ini turut menyediakan buffet Ramadan di Kaffeinate, yang terletak di tingkat 5 hotel. Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah ketupat bersama serunding, kerabu jantung pisang, kerabu daun selom, sambal jering, aneka ulam-ulaman bersama sambal belacan, sambal mangga, sambal tempoyak dan cincalok.", "Selain itu, nikmati keenakan laksa kari, mihun sup utara, popia basah, sate ayam dan murtabak yang sememangnya membuka selera. Untuk hidangan utama pula, ia turut menyediakan Nasi Briyani, Ketam Kam Heong, Udang Sambal Petai, Lala Masak Manis, Ikan Keli Salai Masak Lemak, Ikan Bakar, Ayam Masak Hijau Pisang dan Daging Salai Masak Lemak Daun Rimba.", "Resorts World Genting  mengadakan buffet berbuka puasa di Rajawali Coffee House, Hotel Awana. Datang bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.", "Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House menampilkan lebih daripada 100 hidangan serata Malaysia. Berbuka puasa dengan pelbagai pilihan kurma premium diimport khas dari Iran, Turnisia dan Maghribi. Gerai Sate dengan pilihan Sate Ayam, Daging, Kambing dihidangkan bersama Otak-otak dan pelbagai hidangan sampingan termasuk Nasi Himpit, Timun, Bawang Bombay dan Kuah Sate merupakan menu wajib rakyat Malaysia yang terdalam dalam Bufet Ramadan.", "VE Di Hati menjadi tema Buffet Ramadhan 2018 di VE Hotel & Residence yang terletak Bangsar. Tema unik menjadi pilihan VE Hotel & Residence yang menampilkan pelbagai hidangan tradisi yang pastinya mengembalikan nostalgia berbuka puasa dalam suasana kampung bersama keluarga tercinta.", "Antara station hidangan yang menjadi pilihan termasuklah juadah seperti ayam percik Terengganu, gulai kawah kari kepala ikan, bubur serawa nangka,Ayam Kurma Navratan, Daging Hitam Mamak, Ayam Briyani, Madras Lamb Masala, Udang Masak Merah, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Goreng Kunyit, Daging Kerutub dan lebih 280 juadah yang bakal disajikan setiap hari.", "Harga bufet Ramadhan yang bermula pada 17 Mei  hingga 14 June adalah RM128 untuk dewasa, RM64 untuk warga emas dan RM64 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Untuk menempah, hubungi: 03-22462888.", "5.HOTEL ONE WORLD PETALING JAYA", "Apabila tibanya Ramadan, pelbagai hidangan enak bakal disajikan untuk memenuhi citarasa dan selera. Cinnamon Coffee House, Hotel One World Petaling Jaya menyajikan menu sajian tempatan yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Saiful Baharin. Antara menu istimewa yang disediakan termasuklah aneka acar, kerabu, ulam – ulaman dan sebagainya.", "Selain itu, jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa seperti Ikan Keli Masak Berlada, Daging Deng Deng, Bubur Lambuk, Ayam Goreng Berempah, Kambing Semur dan Udang Masak Sambal Hijau. Selain itu, jangan lupa sajian enak termasuklah Rendang Ekor Lembu, Gulai Hati Lembu, Ayam Percik, Ketam Kalio, Sayur Masak Nangka, Rojak Sotong Kangkong,, Nasi Daging Briyani Gam dan banyak lagi.", "6.GRAND MILLENIUM KUALA LUMPUR" ]
https://www.nona.my/bagaimana-jepun-mendisiplinkan-rakyatnya-sifat-patuh-rupa-rupanya-terhasil-dari-sistem-sekolah-yang-tegas/
Bagaimana Jepun Mendisiplinkan Rakyatnya? Sifat Patuh, Rupa-Rupanya Terhasil Dari SISTEM SEKOLAH YANG TEGAS
[ "Negara Matahari Terbit dengan gaya hidup rakyatnya yang sentiasa menurut peraturan memang terkenal di serata dunia.", "Karakter rakyat Jepun majoritinya disifatkan sebagai tertib atau reigi tadashii. Mereka juga sangat menepati waktu, bekerja kuat, bekerja dalam pasukan, menghormati orang lain, bijak, pembersih dan pemalu.", "Sebenarnya, soal disiplin ini sudah diterapkan sejak kanak-kanak lagi, terutamanya sewaktu di bangku sekolah. Ayuh semak beberapa peraturan di sekolah-sekolah Jepun ini hingga menjadikan rakyatnya seorang yang berdisiplin tinggi.", "(a) Beri Salam", "Orang Jepun selalu memberi salam dengan cara membongkok dengan hormat. Murid-muridnya dilatih untuk berdiri dan membongkok kepada guru yang bertugas.", "(b) Wajib Memakai Baju Uniform & Dilarang Mengenakan Solekan", "Perasan tak, semua pelajar sekolah di sana bukan saja memakai baju uniform yang serupa, malah kasut dan beg sekolah yang sama?", "Pelajar juga tidak dibenarkan bersolek, mewarnakan kuku, memakai perhiasan atau kanta lekap dan fesyen rambut yang aneh.", "(c) Bersekolah Pada Hari Sabtu", "Walaupun Sabtu ditetapkan sebagai hari rehat, tapi mereka tetap perlu bersekolah dan menghadiri kelas tambahan.", "(d) Tiada Tukang Cuci Di Sekolah", "Soal kebersihan sekolah digalas oleh guru-guru dan murid sekolah secara bergiir.", "Tugasan ini merangkumi ruang tandas dan menyediakan makanan di kantin untuk rakan-rakan yang lain. Cara ini dapat melatih murid supaya tidak membuang sampah sembarangan kerana mereka juga yang akan membersihkannya kelak.", "(e) Dilarang bekerja sambilan", "Murid-murid sekolah dilarang untuk bekerja secara sambilan kecuali mendapat keizinan sekolah. Mereka juga tidak boleh dilihat ke pusat permainan atau karaoke tanpa ibu bapa.", "(f) Rehat Bersama", "Murid-murid akan makan menu yang sama di kantin secara bersama-sama. Makanan disediakan oleh operator kantin dan beberapa murid yang bertugas pada hari tersebut.", "Makanan mesti dihabiskan dan dikemaskan semula. Norzalina Mohd Alias" ]
https://www.nona.my/allahyarham-ds-abu-hassan-din-al-hafiz-pernah-berkhidmat-dengan-7-yang-di-pertuan-agong/
Allahyarham DS Abu Hassan Din Al-Hafiz Pernah Berkhidmat Dengan 7 Yang di-Pertuan Agong
[ "Masih terngiang-ngiang suara lembutnya ibarat seorang ayah, dalam menyampaikan bait-bait dakwahnya. Itulah yang dapat digambarkan tentang Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.", "Aturan ayat yang keluar dari mulutnya sarat dengan rasa kasih dan sayang dan tidak pernah jemu mengajak umat Islam melakukan amar makruf dan nahi mungkar.", "Pemergian beliau begitu istimewa dan sangat dicemburui oleh setiap umat Islam. Menurut anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi selepas rebah dan tidak sedarkan diri kerana terjatuh setelah menunaikan solat subuh di usia 73 tahun.", "Pemergiaannya diatur begitu cantik oleh Allah SWT sehingga dirasai oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak.", "Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.", "Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilahirkan di Arau, Perlis pada 13 Januari 1946 dan meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rosbi Shahbudin.", "Pernah berkhidmat sebagai Pengetua, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.", "Allahyarham yang merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan dianugerahkan Sarjana Muda (Usuluddin).", "Pada tahun 1977, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah memulakan tugas sebagai Imam di Masjid Negara dan meninggalkan tugas di Masjid Negara pada tahun 1983 sebagai Imam Besar Masjid Negara sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Agama, Istana Negara.", "Menariknya, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz pernah berkhidmat sebagai Penasihat Agama kepada tujuh Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum bersara pada tahun 2007.", "Tanggungjawab dan dedikasi beliau terhadap agama dipandang tinggi dan pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun 2010.", "Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz mempunyai lima orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan iaitu; Mohamad Yusri, Shahirah, Mohamad Fauzan, Munirah, Mohamad Helmi, Iskandar Ismail dan Mohamad Fikri." ]
https://www.nona.my/ada-bisnes-sendiri-anak-lelaki-comel-jehan-miskin-bahagia-sedekad-kahwin-wanita-korea/
Ada Bisnes Sendiri & Anak Lelaki Comel, Jehan Miskin Bahagia Sedekad Kahwin Wanita Korea!
[ "Lama tak dengar khabar pelakon kacak, Jehan Miskin. Sejak mendirikan rumah tangga, namanya seakan sepi daripada industri seni tanah air. Walau tidak lagi bergelar pelakon, bakat Jehan dalam dunia lakonan masih diingati peminat hingga ke hari ini.", "Kian bahagia melayari hidup di samping isteri tercinta Julie Camelia Rhee, perkahwinan pasangan romantis ini bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata sulung, Axel Nova Rhee yang kini berusia dua tahun.", "Menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang zuriat, Jehan dan Julie akhirnya bergelar ibu bapa apabila anak sulung selamat dilahirkan pada 20 Februari 2021.", "Mengemaskini rutin dan aktiviti terkini di media sosial, bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang baru-baru ini Jehan turut menitipkan ucapan bahagia.", "“Axel turns 2! I don’t have the words to describe how incredible it’s been watching you grow into the little playful boy you are. But I do know the best is yet to come!”", "Bintang Qaisy & Laila tersebut kini merupakan pengasas Mastermind Group.", "Menelusuri latar belakang isteri kesayangan, Julie yang berusia 38 tahun ialah guru senaman Yoga. Mereka mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dengan mas kahwin RM12,000 selepas lima tahun mengenali hati budi.", "Difahamkan Jehan terpikat dengan wanita kelahiran Korea Selatan ini kerana sikapnya yang bersederhana dan penyabar.", "Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berkekalan hingga ke syurga." ]
https://www.nona.my/jadi-nenek-usia-47-tahun-wajah-bahagia-ustazah-norhafizah-dapat-cucu-sulung-sara-el-latheefa/
Jadi Nenek Usia 47 Tahun! Wajah Bahagia USTAZAH NORHAFIZAH Dapat Cucu Sulung, Sara El Latheefa
[ "MashaAllah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa kini bergelar nenek. Selamat menimang cucu sulung, Ustazah Norhafizah dan suaminya iaitu Ustaz Dr Azahar Yaakub menerima kehadiran bayi comel itu selepas menantu, Aisyah Zafirah melahirkan anak sulung baru-baru ini.", "Berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial selepas cucu tersayang genap berusia tujuh hari, Ustazah Norhafizah memanjatkan kesyukuran atas kelahiran si kecil berkenaan.", "“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah SAW. Alhamdulillah dapat kami sempurnakan akikahnya, tahniknya dan memberi nama kepada bayi solehah ini pada hari yang ketujuh.", "Kami namakan si comel ini dengan nama SARA EL LATHEEFA. Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti dan dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia.”", "Ujar nenek berusia 47 tahun yang juga graduan ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam itu, “Kata Tokwannya iaitu Ustaz Dr Azahar makna El-Latheefa itu ialah kelembutan yang memberi impak positif yang besar. Aamiin.", "Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Kami mendoakan agar Asyraf Murtadha dan Aisyah Zafirah dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.", "Semoga sahabat2 semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan.”", "Asyraf yang juga anak kedua kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah dan Ustaz Dr Azahar sah bergelar suami Aisyah Zafirah pada tanggal 2 Februari tahun lalu.", "Semoga dengan kehadiran anak ini menyerikan lagi rumah tangga Asyraf dan Aisyah serta kasih sayang mereka berkekalan hingga ke syurga." ]
https://www.nona.my/idea-sendiri-lebih-beri-kepuasan-buat-fazilah-untuk-menghias-kediaman/
Idea Sendiri Lebih Beri Kepuasan Buat FAZILAH Untuk Menghias Kediaman!
[ "Nuansa natural seperti putih dan krim mendominasi ruang. Setiap perabot disusun kemas di tempatnya lalu menciptakan satu suasana yang begitu mendamaikan. Ruang yang terhad kelihatan lebih luas bukan hanya dengan penggunaan warna malah brass mirror yang digunakan turut menghasilkan refleksi khususnya di bahagian dapur untuk kesan ruang yang lebih luas.", "ELEGAN", "“Konsep dekorasi kediaman ini ialah moden dan kontemporari. Saya memilih konsep ini kerana ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan konsep ringkas, tidak sarat dan tampil dengan gaya eksklusif dan elegan. Faktor kewangan yang membuatkan saya memilih untuk mendekorasi sendiri berbanding mengupah pereka hiasan dalaman.", "Idea dan konsep daripada saya sendiri. Saya juga membuat lakaran bagi setiap sudut sebelum membeli sebarang perabot. Malah, saya turut membuat senarai barang yang diperlukan bagi setiap sudut rumah beserta harga agar selari dengan bajet kami.", "Saya lebih suka rona pastel yang mampu memberi ketenangan pada kami sekeluarga. Walaupun mempunyai anak-anak yang masih kecil namun ia tetap tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menata rias kediaman dengan warna pastel.", "Saya sentiasa memastikan anak-anak mengemas kembali barang-barang mainan mereka atau apa saja barang yang bersepah setelah selesai bermain,” kongsi Fazilah Ali yang merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.", "Fazilah sekeluarga sudah pun mendiami kediaman yang berkeluasan 21×76 kaki ini hampir dua tahun dan merupakan kediaman kedua mereka.", "RUANG LEBIH LUAS", "“Saya memilih jenis kediaman ini kerana keutamaan kepada anak-anak yang suka dengan keadaan yang luas dan lapang untuk bermain. Tambahan pula, saya suka bercucuk tanam. Dengan adanya sedikit ruang membolehkan saya untuk bercucuk tanam dengan pokok-pokok bunga serta tanaman buah-buahan dan sayuran.", "Kekerapan menukar dekorasi bergantung kepada keadaan. Jika barang atau perabot telah rosak terlebih dahulu saya akan pastikan ia masih boleh digunakan ataupun tidak. Jika masih elok saya akan membaikinya. Sebulan sekali saya akan menukar kedudukan perabot atau warna hiasan seperti kain alas dan langsir.", "Hanya dengan sedikit sentuhan warna mampu merubah keadaan rumah. Sekali sekala juga saya akan menambah item baru jika dirasakan sesuai,” ungkap Fazilah yang memilih ruang tamu kedua sebagai sudut paling digemari." ]
https://www.nona.my/i-love-you-papa-datuk-seri-anwar-ibrahim-perdana-menteri-ke-10-nurul-izzah-luah-rasa-syukur/
“I Love You, Papa”- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, NURUL IZZAH Luah Rasa Syukur
[ "Selepas 24 tahun penantian, akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan, (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 secara rasmi hari ini. Biarpun beberapa isu tercetus selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan, akhirnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini, berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.", "Berita gembira ini meleraikan penantian rakyat Malaysia yang berdebar menantikan calon yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Antara individu yang turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pelantikan itu sudah semestinya puteri kepada Datuk Seri Anwar, Nurul Izzah yang memuat naik luahan perasaannya menerusi laman Instagram.", "Menerusi hantaran yang dimuat naik, Nurul Izzah meluahkan rasa sayang kepada ayahnya dan sentiasa berasa bangga dengan perjuangan Datuk Seri Anwar yang tidak lenyap sejak dari dulu.", "I love you, Papa. Am always proud of you-even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience", "Nurul Izzah juga turut berharap agar selepas ayahnya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-10, usaha-usaha untuk menyatu padukan teman-teman senegara, membaik pulih ekonomi Malaysia serta membina sebuah ummah yang berteraskan keadilan dapat dilaksanakan dengan baik.", "selepas upacara angkat sumpah-usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu”", "Perkongsian yang mendapat lebih 100 ribu tanda suka itu juga turut disulami dengan harapan Nurul Izzah yang berharap agar generasi pada masa hadapan tidak hanya memandang kepada harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.", "Team NONA mengucapkan jutaan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Semoga Malaysia terus maju dan aman makmur." ]
https://www.nona.my/suami-mengadu-tak-nak-balik-rumah-sebab-bersepah-jawapan-ustaz-ebit-lew-buat-dia-menangis/
Suami Mengadu Tak Nak Balik Rumah Sebab Bersepah, Jawapan Ustaz Ebit Lew Buat Dia Menangis!
[ "Melalui fasa perubahan dalam hidup daripada seorang anak gadis kepada isteri dan seterusnya ibu bukan suatu yang mudah dihadam oleh wanita. Fasa ‘Naik Pangkat’ ini memerlukan pengorbanan besar tidak kira wanita yang berkerjaya mahupun suri rumahtangga.", "Penat memanglah penat tapi demi keluarga tercinta semua akan diharungi dengan penuh gelak-tawa. Kuasa kesabaran seorang wanita memang bukan calang-calang. Kalau suami dapat bantu sikit-sikit pun dah bersyukur ya amat. Jom sama-sama ambil iktibar dari perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew.", "“Seorang suami jumpa saya dan tengah teramat marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus dan diri sendiri…Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.", "Saya kata padanya, saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak. Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah.", "Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka… Selepas itu kena terus menyusukan anak.", "Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan, semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit…", "Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan.. itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya.", "Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita… menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan.", "Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam.", "Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.", "Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takpelah kurang sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya.", "Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya.", "Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz.", "Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.", "Tahniah buat wanita yang berkorban dengan rasa cinta kerana Allah.”", "Sumber: Facebook Ebit Lew" ]
https://www.nona.my/ifa-raziah-terharu-acara-beli-belah-terbesar-malaysia-anjurannya-tercatat-dalam-malaysia-book-of-records-2/
DATO’ IFA RAZIAH Terharu Acara Beli Belah Terbesar Malaysia Anjurannya Diiktiraf Dalam Malaysia Book of Records
[ "Acara membeli belah terbesar Malaysia, StarVendors Mega Raya Fest mencatat sejarah dengan penganjuran paling lama selama 75 jam tanpa henti sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).", "Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 22 hingga 25 April lalu dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari. Dan di Kuala Lumpur 25 hb April 2022.", "Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 22 hingga 25 April lalu dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari. Dengan jumlah yang datang seramai 2.8 juta orang.", "Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Dato’ Ifa Raziah berkata, dia amat terharu dengan pengiktirafan itu dan tidak menjangka mendapat sambutan yang amat luar biasa.", "“Saya amat berterima kasih pada semua pihak yang terbabit dan juga kepada pengunjung yang tidak henti-henti hadir membeli belah di StarVendors Mega Raya Fest 2022,” katanya." ]
https://www.nona.my/prihatin-keadaan-rakyat-jelata-yang-di-pertuan-agong-berkenan-tidak-terima-gaji-sejak-negara-dilanda-covid-19/
Prihatin Keadaan Rakyat Jelata, Yang di-Pertuan Agong Berkenan Tidak Terima Gaji Sejak Negara Dilanda Covid-19.
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri, sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Menurut Perdana Menteri, Seri Paduka berkenan tidak menerima gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.", "“Yang di-Pertuan Agong lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji daripada kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini.", "“Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.", "Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan.", "Sumber: Utusan" ]
https://www.nona.my/tuhan-bagi-kita-ujian-berbeza-semangat-gadis-istimewa-hikmah-razlan-cetus-inspirasi/
Tuhan Bagi Kita Ujian Berbeza, Semangat Gadis Istimewa Hikmah Razlan Cetus Inspirasi
[ "Sejujurnya kisah gadis ini pernah membuat penulis bergenang air mata. Kagum betul dengan semangatnya, biar tak mudah namun Siti Nurhikmah Razlan, 23 tahun, melalui kehidupan ini dengan tenang dan senyuman.", "I tak mampu nak adakan satu mata lagi you, tapi later i belajar jadi yang terbaik okay… @hikhokkkk", "Ciapan di atas pernah tular sekitar hujung 2019 disamping beberapa foto selfie-nya. Seorang gadis muda bertudung ayu, Hikmah namanya, tersenyum manis dengan hanya sebelah mata.", "Kekuatan itu bagai memanggil penulis menjejaki akaun Hikmah di Instagram @hikmahrazlan. Bermula di situlah perkenalan kami, Hikmah yang kini masih menuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat di Kuantan rupa-rupanya seorang yang mesra dan mudah didekati.", "“Sebenarnya sejak lahir lagi memang asal dah macam ni. Ramai ingat (hilang satu penglihatan) sebab kemalangan tapi bukan. Mungkin itulah rezeki Allah untuk Umi dan Abah saya serta dugaan untuk mereka.", "Sejak kecil lagi saya selalu tengok Umi bersusah payah dengan Abah cari rezeki, mereka juga sanggup bersusah ulang-alik ke hospital untuk bagi rawatan terbaik untuk saya,” cerita gadis dari Utara itu.", "Tambahnya, “Umi saya, Puan Diana Hussain, tak penah penat nasihat kami supaya jadi manusia terbaik. Dia taknak anak-anak dikeji atau menjadi orang tak berguna, lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang istimewa ni.", "Sejak berjauhan dengan Umi kerana menuntut ilmu, saya rindu sangat bihun goreng dia. Rindu nak jumpa Umi dan dengar bebelan manjanya, meriah sangat!", "Doa saya supaya Umi selalu sihat, dapat tengok kejayaan anak-anak, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Saya nak jadi macam Umi, seorang wanita yang kuat tapi penuh kasih sayang.", "Saya juga selalu doa supaya Allah kembalikan semua yang Umi penah hilang dulu dia akan dapat balik satu hari nanti, insyaAllah.”", "Kenangan paling sukar dilupakan tentang Umi? Soal penulis.", "“Ada satu momen ni takkan saya lupakan sampai bila-bila. Masa tu saya dapat join satu brand ni dan telah diminta #OOTD dengan tudung tersebut.", "Dengan perasaan teruja, saya pun dimekapkan oleh Umi. Umi cuba pakaikan eyeliner dekat sebelah mata saya yang takde ni, tapi nampak pelik sangat. Lepas tu tahu dia buat apa? Umi sapu buang balik eyeliner tu dan cakap dengan lembut, ‘Isy anak bertuah Umi ni’. Sampai sekarang kalau teringat momen tu, saya akan nangis sebab terlalu sebak.", "Satu lagi bila saya nak exam, Umi selalu akan minta semua orang doakan kejayaan saya. Alhamdulilah, mungkin kerana doa Umi dan semua orang, saya mampu berada di sini sekarang.", "Terapi Mekap", "Dulu saya langsung tak pandai mekap. Saya cukup segan bila nak bersiap lawa-lawa. Takut orang cakap, ‘Budak tu dahlah macam tu, ada hati nak lawa-lawa.’ Jadi sebab kurang keyakinan diri, saya tekad belajar sendiri je.", "Satu benda yang paling saya ingat, masa pertama kali belajar pakai kanta lekap. Sebelum ni saya takut sebab mata saya sebelah je, dan selalu tertanya-tanya boleh ke pakai sebelah mata? Punyalah curious sampai pegi tanya sorang akak di kedai cermin mata. Rupa-rupanya boleh.", "Saya makin seronok bila dapat belajar mekap sikit-sikit walaupun yang ringkas. Ada sekali tu, Umi pakaikan eyeliner kat mata saya sebab saya fikir macam mana nak pakai sendiri kan? Kalau kita garis mata tentu kena tengok guna sebelah mata lagi.", "Satu hari, saya try garis sendiri. Ya Allah, boleh sebenarnya! Kalau teringat perasaan saya masa tu, boleh menangis tau. Bukan sebab sedih, tapi sebab bangga dah boleh buat sendiri,” katanya sambil tertawa.", "Positifkan Diri Sendiri", "Sebagai wanita istimewa, Hikmah tentunya mempunyai cara tersendiri hingga jadi berani dan selamba ke tahap ini. Paling utama, dia boleh bergaul dengan semua pihak tanpa rasa segan, malah menginspirasikan pula orang lain.", "“Saya rasa rugi kalau wujud perasaan down. Rasa membazir masa je nak sedih-sedih. Kalau dengar benda negatif, selalunya saya cakap dengan diri saya, jangan benci orang tu, boleh jadi kita pula jadi sumber kekuatan mereka satu hari nanti, atau sebaliknya.", "Cukuplah saya selalu gembirakan orang lain walaupun dengan perkara yang ringkas. Itu pun dah buat saya jadi happy bila mudahkan orang lain.", "Saya juga harap masyarakat akan lebih terbuka dan beri peluang sama rata kepada golongan istimewa macam kami. Kita semua tak sempurna, bukankah Allah bagi ujian yang berbeza untuk hamba-hamba-Nya?”", "Mengakhiri perbualan, Hikmah turut menyatakan penghargaan pada rakan-rakan sebayanya yang selalu ada dari dia kecil sampai dewasa. “Selain Abah dan ahli keluarga saya, terima kasih juga untuk kawan-kawan sebab tak pernah malu ada kawan ‘kurang sempurna’ macam saya. Terima kasih sebab selalu ada dan terima kasih sebab ‘tolong bangunkan’ saya bila down.”" ]
https://www.nona.my/cara-datin-dr-ira-ghani-kekalkan-aura-positif-dalam-diri-sebelum-tidur-pun-pakai-gincu-bibir/
Cara DATIN DR IRA GHANI Kekalkan Aura Positif Dalam Diri, Sebelum Tidur Pun Pakai Gincu Bibir!
[ "Wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan menarik bukan sahaja untuk tatapan umum, tetapi juga untuk kepuasan diri sendiri. Rahsia utama wanita bernama Datin Dr Nor Zaina Adbul Ghani atau lebih mesra dipanggil Datin Dr Ira Ghani untuk sentiasa kelihatan cantik adalah sentiasa berpegang dengan sikap positif dalam diri.", "“Tampil cantik dan aura positif sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kecantikan dalaman diri amat penting dan perlu diberi perhatian khusus kerana ia merangkumi keperibadiaan dan keikhlasan seseorang dalam melaksanakan apa sahaja”, ujar pemegang Diploma Perubatan Alternatif dari Universiti Terbuka Antarabangas Culcatta, India ini.", "Kagum melihat figura ini yang sentiasa mengamalkan pemikiran yang positif dalam apa jua perkara dan tertanya-tanya juga apa sebenarnya rahsia beliau untuk mengekalkan aura positif dalam diri.", "“Selain mengamalkan cara meditasi untuk menenangkan diri, sebagai orang Islam saya juga percaya air wuduk mampu mencantikkan aura seseorang individu.  Bahkan, amalan mandi bunga dan aromaterapi juga mampu menaikkan seri wajah”, tambahnya yang selesa bergaya ringkas tapi masih mengekal imej anggun.", "Apa yang menariknya lagi, beliau turut percaya pemakaian batu permata atau kristal, barang berjenama serta keadaan persekitaran turut menyumbang kepada aura yang baik. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai tabiat unik yang mungkin boleh dipratikkan oleh anda untuk sentiasa tampil cantik tapi tidak memudaratkan diri.", "” Saya sentiasa memakai minyak wangi walaupun ketika berada di rumah. Mungkin ada sesetengah orang agak pelik dengan tabiat ini, tetapi saya sudah biasa sebelum tidur pun akan mengenakan gincu bibir!", "Saya ingin kelihatan cantik bukan untuk tatapan umum tetapi ia lebih kepada soal menjaga tahap keyakinan diri dalam diri saya”, ujar Datin Dr Ira yang merupakan isteri kepada Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad ini.", "Tidak dinafikan semua wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik. Namun perlu diingatkan bahawa, setiap wanita mempunyai kecantikan dalaman dan luaran masing-masing." ]
https://www.nona.my/mahligai-kasih-amalina-syazwan-bersemi-seindah-kisah-fairytale/
Mahligai Kasih Amalina & Syazwan, Bersemi Seindah Kisah Fairytale
[ "Bermula hanya dengan hubungan profesional sebagai rakan sekerja, akhirnya membawa pasangan ini ke fasa yang lebih serius. Bekerja di bawah satu bumbung apatah lagi memiliki minat yang sama dalam bidang fesyen memudahkan lagi keserasian itu terjalin. Sekian lama bekerja bersama menerbitkan rasa selesa dan terbuka antara satu sama lain.", "Nur Amalina Datuk Dr Mohd Yusoff bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Syazwan Mohamed Khair. Tanggal 14 Mei 2017 Amalina sah menjadi isteri kepada Syazwan.", "Namun, dek kerana jadual kerja yang begitu padat Amalina dan Syazwan tidak berpeluang untuk berbulan madu usai kedua-dua majlis selesai. Sebaliknya, pasangan ini memilih Januari 2018 sebagai detik untuk berbulan madu di Mykonos, Greece.", "“Pertama kali mengenali kami sama-sama bekerja di H&M. Ketika itu saya sebagai Visual Merchandiser di H&M Retail sementara suami sebagai Pengurus di H&M Retail Malaysia. Suami memang sudah lama bekerja di situ. Kami berdua punya minat yang sama terhadap fesyen dan pakaian. Dalam tugas kami sentiasa berinteraksi memandangkan suami adalah Pengurus Bahagian.", "Namun semakin lama bekerja kami makin selesa dan terbuka dengan pandangan serta cara kerja masing-masing. Saya suka dengan cara kerjanya yang tidak pernah meninggikan suara namun tegas. Dari situ kami dapat rasakan hubungan yang terjalin itu berpotensi untuk ke langkah seterusnya.", "Selepas meninggalkan H&M dan menerima tawaran kerja sebagai Senior Vendor Manager di Lazada, hubungan kami kekal terjalin. Di awal perkenalan suami sudah menyatakan dia seorang yang serius dan hanya akan memulakan hubungan dengan niat untuk berkahwin. Bagi saya suami seorang yang matang,” ungkap Amalina yang berusia 29 tahun.", "Amalina berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Fesyen dan Tekstil dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne. Syazwan pula berusia 27 tahun berkelulusan Sarjana Muda jurusan Rekaan Grafik dari Cybernetics International College of Technology, Kuala Lumpur.", "“Suami mengatur makan malam bersama ibu bapa saya malam sebelum tahun baru. Ketika itu ia seakan double date dan itulah pertama kali suami bertemu dengan ibu bapa saya.", "Suami menyatakan hasrat untuk menikahi saya dengan berkata ‘Uncle and Aunty, I would like to ask for your permission to marry your daughter’. Bapa saya menjawab ‘Ya’ sambil tersenyum,” kongsi Amalina yang bersyukur kerana kedua belah keluarga merestui hubungan mereka.", "Majlis pertunangan diadakan pada 18 Januari 2017. Mereka mengikat tali pertunangan selama tiga bulan setengah sahaja.", "Everly Hotel Putrajaya dipilih sebagai lokasi majlis resepsi. Amalina memilih persalinan nikah dan resepsi rekaan rakan baiknya, Alaina Zunaidi. Sementara Syazwan pula memilih Omar Ali. Bunga tangan untuk pernikahan dan resepsi menggunakan bunga segar diimport dari Bunga by Galoh. Dekorasi pelamin pula dari Enrich Wedding.", "“Kami tidak menggunakan khidmat perancang perkahwinan kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh keluarga saya. Ini adalah tradisi keluarga kami yang akan berganding bahu jika ada majlis perkahwinan.", "Sebagai peminat tegar Disney saya impikan pelamin berinspirasikan fairytale yang elegan dan sofistikated. Saya memilih elemen kristal dan cahaya terang ala Disneyland untuk pelamin. Terima kasih kepada Enrich Wedding kerana merealisasikan impian ini hanya dalam masa tiga hari.", "Salah satu momen yang tidak dapat dilupakan ialah ketika malam berinai dan jamuan makan di suite hotel saya melihat seluruh ahli keluarga dan sanak saudara sangat gembira.", "Melihat suasana itu tiba-tiba jiwa saya sebak lantas menitiskan air mata kerana begitu terharu,” kongsi Amalina yang disolek dan didandan oleh jurusolek terkenal, Ary Muzammer. Pihak pengantin perempuan memilih 9 berbalas 7 untuk dulang hantaran. Amy Mohd", "Kredit Foto: WR.CO" ]
https://www.nona.my/boleh-buat-kulit-jadi-bersisik-bebaskan-diri-daripada-ekzema-ini-cara-merawatnya/
Boleh Buat Kulit Jadi Bersisik, Bebaskan Diri Daripada EKZEMA! Ini Cara Merawatnya
[ "Penyakit ekzema atau kulit kering boleh membawa kepada kesengsaraan yang keterlaluan dan ada kalanya menyebabkan kematian jika dibiarkan tanpa rawatan. Ekzema ialah sejenis penyakit inflamasi (radang) kulit yang menyerang individu dari semasa ke semasa. Walaupun ekzema boleh terjadi pada seseorang yang mempunyai faktor-faktor keturunan seperti alergi, asma dan lain-lain, pakar perubatan berpendapat penyakit ini sememangnya sukar dirawat kerana ia berkaitan dengan faktor genetik.", "Apabila seseorang menderita penyakit ekzema, apa yang berlaku ialah kulit kelihatan sentiasa kering akibat hilangnya kelembapan. Pengelupasan pun berlaku pada permukaan kulit. Gejala-gejala yang sering dapat dilihat ialah kemerahan pada kulit, gatal-gatal dan ada kalanya parut dan luka akibat daripada aktiviti menggaru tanpa sedar semasa tidur. Jika dibiarkan, kulit menjadi kering dan menebal serta bersisik.", "PERANAN KRIM PELEMBAP", "Bagi penderita ekzema tahap sederhana, sapuan emolien tertentu amat penting bagi memelihara kulit agar sentiasa lembap dan lembut bagi mengawal simptom-simptomnya. Emolien adalah sejenis krim pelembap yang wujud dalam bentuk krim, salap (ointment) dan losen. Ia dapat melembap dan menghalang rekahan pada permukaan kulit agar penghidap merasa lebih selesa.", "1. KRIM\nKombinasi air dengan minyak dan memberi efek dingin pada kulit. Ia juga membantu mengurangkan iritasi dan sesuai digunakan pada waktu siang. Pun begitu, rumusan seperti sebatian propylmethyl paraben sebagai bahan pengawet krim boleh mencetuskan ruam dan kegatalan selepas beberapa hari digunakan.", "2. SALAP (OINTMENT)\nTidak mengandungi bahan pengawet namun meninggalkan rasa kulit yang terlalu berminyak. Ini menyebabkan ketidakselesaan dan kelihatan tidak menarik. Namun pakar-pakar percaya ia mampu memelihara kelembapan kulit secara efektif terutamanya bagi mengurangkan masalah kulit kering dengan ketebalan sisik yang keterlaluan.", "3. LOSEN\nRumusan yang mengandungi lebih kandungan air dan kurang berminyak berbanding sediaan krim. Namun penggunaan losen cenderung mengewap dengan cepat dan mudah kering di permukaan kulit. Penghidap yang mempunyai bulu roma yang lebat juga selesa menggunakan losen berbanding sediaan lain.", "PENGURUSAN GAYA HIDUP", "– Mengenal pasti perkara-perkara yang mencetuskan stres serta memberi tindak balas alergi atau perubahan cuaca yang menyebabkan perpeluhan.\n– Peka terhadap dedahan terhadap kutu hama pada bantal, tilam, kain selimut atau karpet.\n– Prihatin terhadap makanan yang diambil seperti makanan laut, susu, telur, gandum, kacang soya, kacang tanah dan sebagainya.\n– Peka terhadap perubahan mendadak pada suhu persekitaran.\n– Elakkan mandian air panas.\n– Jangan menggaru jika terasa gatal.\n– Sentiasa menyimpan jeli petroleum dalam beg.\n– Memakai pakaian yang tidak mencetuskan tindak balas pada kulit ekzema." ]
https://www.nona.my/cara-efektif-mengembalikan-seri-di-ruang-dapur-lama-agar-kembali-baru-segar/
Inspirasi Gaya Mewah Ruang Dapur, 7 Cara Tata Hias Agar Kembali Baru!
[ "Dekorasi dapur yang memaparkan beberapa cara efektif mampu menjadikan dapur lama anda kelihatan kembali baharu. Tip dekorasi dapur yang boleh anda aplikasikan untuk pelbagai rekaan ruang dapur seperti dekorasi dapur minimalis, moden, sederhana dan cantik.", "Ataupun, untuk interior dapur dengan ukuran khusus seperti dapur kecil, mini mahupun dapur yang sempit. Tip dapur kali ini lebih menekankan kepada aspek visual. Berikut adalah tipnya.", "SET DAPUR\nKini terdapat pelbagai set dapur dalam pasaran di mana rekaan serta bahannya lebih inovatif sekaligus tiada alasan untuk tidak mencubanya bagi dekorasi ruang dapur anda. Mungkin anda boleh melakukannya sedikit demi sedikit agar sentuhan dekorasi ruang dapur anda seiring dengan perubahan semasa.", "LANTAI", "Lantai merupakan salah satu elemen yang memenuhi seluruh ruangan namun ia sering dilupakan. Untuk mendapatkan suasana baharu anda bolehlah beralih pula ke bahan lentur seperti kayu atau batu alam. Bahan-bahan ini akan bertahan lebih lama serta meningkatkan nilai kediaman anda. Atau, anda boleh juga mencuba jubin seramik yang kelihatan seperti kayu yang semakin menjadi pilihan masakini.", "ALMARI\nMungkin interior dalaman bagi dapur lama anda masih menggunakan almari jenis rak. Jika anda ingin meningkatkan ruang visual dapur, pertimbangkan untuk menyisihkan rak bahagian atasnya dan tinggalkan hanya rak bahagian bawah sahaja. Ia akan lebih menambahkan warna dinding sekaligus akan memberi nafas segar bagi ruang dapur anda. Ia akan kelihatan lebih segar dan moden.", "KERUSI\nDapur merupakan ruang paling sibuk dalam sesebuah kediaman. Ia umpama jantung bagi sebuah kediaman kerana ia menyatukan seluruh ahli keluarga antaranya ketika waktu makan bersama. Justeru, diperlukan perubahan untuk ruang dapur lama anda agar ia lebih fleksibel dengan keadaan semasa. Apatah lagi, jika bertambahnya ahli keluarga maka ruang yang lebih luas diperlukan untuk memberikan keselesaan buat para penghuninya. Gantikan kerusi pada ruang makan bagi mencetuskan daya tarikan baharu.", "CAT\nWarnai ruang dapur anda dengan nuansa yang lebih moden. Anda mungkin sudah merasakan bagaimana pengaruh perubahan warna dinding ruangan dalam sesebuah kediaman. Ianya turut berlaku pada ruang dapur maka cuba anda lakukan pengulangan warna sewakti melakukan dekorasi. Gunakan warna-warna cerah yang mencetuskan aura moden. Ataupun, anda juga boleh menggunakan perpaduan warna yang lebih kontra serta berani.", "PENCAHAYAAN\nSetelah anda melakukan modernisasi komponen utama bagi ruang dapur, jangan lupa untuk melihat kepada elemen pencayahaan ketika melakukan dekorasi. Pencahayaan dapur sangat penting demi keselamatan, suasana serta fleksibeliti. Rencanakan dengan baik dan pilihlah model pencahayaan yang tepat.", "PERLUASKAN DAPUR\nSekiranya anda ingin melebarkan atau meluaskan lagi ruang dapur serta berbahagi pandangan dengan ruang makan yang berhampiran mahupun ruang makan, anda mungkin boleh mempertimbangkan beberapa perkara. Antaranya ialah merobohkan beberapa elemen dinding tersebut. Dapur anda akan terasa lebih lebar seterusnya kelihatan luar biasa.", "TIP DAPUR BERSIH & KEMAS\nMenjaga ruang dapur agar tetap kelihatan bersih dan cantik bukan sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana ruang ini menjadi lokasi utama bagi aktiviti memasak. Dapur akan menjadi berselerak dan sampah juga akan terhasil. Semakin banyak aktiviti yang dilakukan di dapur maka semakin bertambahlah sampah. Oleh itu, bagaimana caranya untuk memastikan ruang dapur anda sentiasa bersih dan kemas? Nona kongsikan beberapa tip yang boleh anda manfaatkan untuk ruang dapur." ]
https://www.nona.my/asyik-asyik-orang-yang-sama-jer-menang-pakaian-terbaik-eh-bukan-susah-nak-menang-kalau-ikut-tip-ini/
“Asyik Asyik Orang Yang Sama Jer Menang Pakaian Terbaik!” Eh, Bukan Susah Nak Menang Kalau Ikut Tip Ini!
[ "Setiap wanita pasti rungsing untuk memilih pakaian ketika menghadiri sesuatu majlis. Penampilan yang anggun dan menawan bakal menjadi tumpuan ramai sekaligus berpeluang merangkul gelaran pakaian terbaik.", "Tidak kisahlah majlis yang dihadiri diadakan pada waktu siang atau pun malam, pakaian yang memukau tentunya akan menjadi bualan orang ramai. Nona kongsikan tip terbaik untuk tampil menyerlah untuk mendapatkan gelaran pakaian terbaik atau best dress!", "MASA DAN TEMPAT", "Kata pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang kerbau menguak’. Jadi apa yang anda pakai biarlah kena dengan tempat, waktu dan majlisnya. Janganlah bergaya tak kena dengan orang sekeliling. Patuhi etika berpakaian. Peka dengan destinasi dan bentuk majlis yang bakal dihadiri, bukan sahaja soal rekaan pakaian tetapi tentunya anda mahu menyarung helaian yang buat anda selesa.", "TRENDSETTER", "Mereka yang sering diangkat sebagai ‘Best Dressed’ sering kali menjadi rujukan gaya. Mereka adalah pencetus trend. Tetapi itu tidak bererti mereka menidakkan trend fesyen semasa, tetapi mereka tidak membuta-tuli mengikut semua trend. Mereka tapis dan pilih, dan pilihan mereka itu ditentukan berdasarkan kesesuaian personality mereka sendiri.", "SUAI PADAN", "Mereka yang pandai bergaya biasanya memang bijak dalam menyuai padan pakaian. Oleh sebab kepandaian mereka inilah mereka tampil menyerlah. Mereka tahu mengadunkan helaian vintaj, mewah dan ringkas dalam satu masa, hasilnya memang wow!" ]
https://www.nona.my/tertekan-sebab-lambakan-kerja-tiru-6-cara-ini-supaya-tak-dilabel-workaholic/
Tertekan Sebab Lambakan Kerja, Tiru 6 CARA Ini Supaya Tak Dilabel Workaholic!
[ "Kerja memang tidak akan pernah habis. Bukan hanya di tempat kerja bahkan di rumah juga tugasan rumah tangga sentiasa menunggu. Menjadi seorang ibu, isteri serta pekerja menuntut komitmen yang bukan sedikit. Seorang wanita itu perlu bijak menguruskan tugasnya agar dapat diselesaikan dengan baik. Ingat, kesihatan perlu diutamakan kerana jika ia merosot pasti menjejaskan produktiviti kerja.", "Berusahalah untuk buat yang terbaik, paling penting sebagai wanita jangan mudah mengalah untuk menjadi lebih baik. Setiap orang mungkin mempunyai cara yang berbeza tetapi pastikan ia paling efektif buat anda.", "Adakah anda seorang yang suka buat semua kerja dalam satu masa atau ‘lompat-lompat’ kerja? Cara terbaik ialah rancang dahulu jadual kerja lebih awal atau pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Ia membantu anda kekal fokus, produktif dan efektif.", "Buat reminder di telefon bimbit agar mudah untuk anda ingat apa yang telah dirancangkan. Bila perlu, anda juga boleh merancang kerja untuk tempoh beberapa bulan atau setahun. Ingat, laksanakannya bukan cuma melihat dan menyimpan saja.", "Setelah merencana kerja, tentukannya mengikut keutamaan. Mulakan dengan yang paling berat sehinggalah yang paling ringan dan boleh diketepikan seketika. Cara ini lebih bersistem dan efektif.", "Membuat prioriti juga dapat mengurangkan peluang untuk menangguh kerja kerana anda perlu selesaikan sesuatu tugas sebelum berpindah ke tugas yang lain. Abaikan segala gangguan yang boleh menjejaskan fokus dan target anda untuk menyiapkannya segera.", "Contohnya, dua jam untuk membuat perancangan atau sejam untuk menulis satu artikel. Usahakan untuk selesaikannya pada masa yang ditetapkan. Tetapi, jangan pula buat kerja sambil lewa tanpa memikirkan kualiti. Nilaikan hasil kerja anda itu.", "Deadline membantu seseorang lebih bertanggungjawab terhadap tugasannya. Ia sebagai panduan agar anda tidak menangguhkan kerja.", "Anda seorang multitasking? Kadangkala nampak seperti ‘mampu’ lakukan semua kerja sekaligus namun hakikatnya ia tak efektif dan efisien! Malah, fokus juga akan terjejas. Hasilnya mungkin tidak mencapai tahap optimum walau dapat selesaikannya pada waktu yang tepat.", "Otak bekerja dengan lebih baik jika anda benar-benar fokus. Jadi, fokuskan tenaga dan minda pada tugasan utama sehingga mencapai hasil yang terbaik.", "Jangan lupa memanfaatkan waktu istirehat beberapa minit. Jangan paksa diri kerana hasilnya pasti tak memuaskan. Ingat, minda dan tenaga memerlukan rehat agar kembali segar sebelum ‘bertempur’ dengan tugasan seterusnya. Mulakan dengan melakukan regangan otot, berjalan-jalan di taman atau tidur sebentar.", "Jika target anda tercapai, raikannya namun dengan cara yang sederhana, sihat serta tidak keterlaluan. Contohnya pergi bercuti ke pulau, beriadah di taman dan sebagainya yang dapat menjadi terapi." ]
https://www.nona.my/tak-sangka-selain-detoks-teh-hijau-juga-bantu-kekalkan-kelembapan-kulit/
Tak Sangka! Selain Detoks, TEH HIJAU Juga Bantu Kekalkan Kelembapan Kulit
[ "Sebagaimana diketahui tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air dan kunci kepada kulit yang cantik dan mulus adalah mempunyai kadar kelembapan bawah kulit yang seimbang. Rahsia terungkai dengan memiliki kulit lembap jauh dari dalam dan kulit yang sihat hanya diperoleh apabila mempunyai kelembapan diperlukan. Jika kurang air dalam tubuh maka kulit akan kering dan tidak bermaya. Ayuh singkap rahsia kulit lembap secara semula jadi.", "Serum kembali lembapan kulit", "Memang elok tidak pernah tinggal rutin menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu. Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap. Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.", "Krim tabir suria sebagai perisai kulit", "Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari tanpa perlindungan mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit. Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.", "Losen tubuh sebagai pelindung", "Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata gemar aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.", "Teh hijau kekal lembapan kulit", "Peminat teh pasti tahu ada berbaga-bagaii jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksida tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.", "Pengelupasan pelihara kulit", "Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.", "Bedak asas bantu kekal lembapan kulit", "Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia." ]
https://www.nona.my/terima-kasih-jadi-anak-sempurna-ucapan-kasih-sayang-datin-kartini-sempena-birthday-noor-nabila/
‘Terima Kasih Jadi Anak Sempurna’ Ucapan Kasih Sayang DATIN KARTINI Sempena Birthday Noor Nabila
[ "Besar kasih sayang seorang ibu. Walau anak tersayang sudah berkahwin, bergelar ibu dan mempunyai keluarga sendiri, kasih sayang ibu tak pernah ‘terpadam’. Begitu jugalah perasaan Datin Noor Kartini terhadap anaknya, Noor Nabila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 4 September lepas.", "Dalam posting Datin Noor Kartini, ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa ini menzahirkan ucapan teristimewa buat Nabila yang disifatkan seorang anak yang penyayang.", "Kongsinya, “Anakku sayang yang ku kasihi hingga ke hujung nyawaku. Happy Birthday permata hatiku. Syukur Allah kau kurniakanku puteri yang penyayang, yang sentiasa menjadi temanku.", "Ya Allah peliharalah, lindungilah dan cintailah anakku. Ya Allah rahmatilah dan berkatilah anakku ini. Ya Allah tinggikan darjatnya, makbulkan doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan cita-citanya.", "Ya Allah kurniakan umur yang barokah untuknya, umur yang panjang dan rezeki yang tidak pernah disangka-sangka. Ya Allah kurniakan kebahagiaan untuknya, kurniakan kasih sayang setiap yang bersamanya. Ya Allah ku mohon redailah anakku ini kerna aku telah pun meredainya. Amiiin Allahhumma Ammiiin.", "Terima kasih Nabila menjadi anak yang sempurna untuk mama, love you my baby Bella. Happy Birthday.”", "Tersentuh dengan ucapan penuh kasih sayang Datin Noor Kartini. Mereka bukan hanya akrab malah mengusahakan perniagaan Naelofar dan minuman kesihatan Kucate bersama-sama. Datin Noor Kartini misalnya turut menguruskan empayar Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen. Manakala Nabila pula membina empayar Bukuh KL.", " ", "Dalam pada itu, Nabila memberikan reaksi berikut terhadap ucapan terindah ibu tersayang. “I love you mama. Terima kasih kerana melahirkanku. I love you so much.”", "Nabila sah bergelar isteri Engku Emran Engku Zainal Abidin 19 Mac tahun lepas. Sebelum ini Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun." ]
https://www.nona.my/isteri-penyayang-ibu-4-anak-puan-sri-noorainee-wanita-hebat-di-belakang-tan-sri-muhyiddin/
Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!
[ "Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman lambang seorang wanita sempurna. Penampilan beliau yang sopan dan menutup aurat bukan hanya ‘sejuk’ mata memandang bahkan mencerminkan peribadi Muslimah sejati.", "Sebagai isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Noorainee dilihat cukup menjaga nama baik suami, setia menemani suami tercinta dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan Perdana Menteri Ke-8 tersebut hingga ke hari ini.", "Pengalaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam arena politik tanah air selama lebih 40 tahun membuatkan Puan Sri Noorainee lebih matang dan cekal membawa gelaran isteri pemimpin.", " Menyedari tanggungjawabnya sebagai isteri Perdana Menteri, kelibat Puan Sri Noorainee kelihatan menghadiri majlis-majlis rasmi dan mengikuti program ramah mesra bersama rakyat dalam usaha menyokong kerjaya suami tercinta.", "Mendekati personaliti isteri kepada Perdana Menteri ini, Puan Sri Noorainee dilahirkan pada 21 April 1949. Sama seperti Tan Sri Muhyiddin, ibu berjiwa penyayang ini juga merupakan wanita kelahiran Muar, Johor.", "Meniti usia 72 tahun, Puan Sri Noorainee pernah menyandang jawatan Timbalan Yang diPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR) ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor sekitar tahun 1986 hingga 1995.", "Kini, Puan Sri Noorainee turut bergelar Penaung Kempen Tabung Pahlawan. Pada Julai tahun lalu, Puan Sri Noorainee berpeluang menyematkan pin veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pakaian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Kempen Tabung Pahlawan ini dilancarkan pada bulan Ogos bagi mengutip sumbangan daripada syarikat korporat dan individu untuk diagihkan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.", "Puan Sri Noorainee mendirikan rumah tangga bersama Tan Sri Muhyiddin pada 22 September 1972. Selama 49 tahun hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan iaitu Datuk Fakhri Yassin, Datin Sri Nabila Mahiaddin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin Mahiaddin.", "Keempat-empat anak pasangan ini melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Lebih membanggakan, salah seorang cucu Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee iaitu Iman Alisha merupakan atlet gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 ketika berusia 13 tahun.", "Moga segala jasa dan kebaikan yang dipamerkan Puan Sri Noorainee menjadi inspirasi untuk menjadi wanita, isteri dan ibu yang baik kepada keluarga serta masyarakat.", "Kredit foto: Facebook Muhyiddin Yassin" ]
https://www.nona.my/bermadu-memang-manis-andai-kena-pada-caranya-datin-bahazanariah-dato-nurul-zahid/
“Bermadu Memang Manis Andai Kena Pada Caranya” Datin Bahazanariah & Dato’ Nurul Zahid
[ "“Bagi saya sebagai yang nombor dua kita perlulah mempunyai sikap bertolak ansur dan hormat kepada isteri pertama kerana mereka sudah berkongsi kasih,” Dato’ Nurulhidayah. ", "Jika bertanya kepada sesiapa sahaja di dunia, pasti mereka tidak mahu berkongsi kasih. Biarlah bercinta, bernikah dan berakhir dengan hanya berdua tanpa kehadiran orang yang ketiga.", "Namun siapalah kita sebagai manusia untuk melawan takdir-Nya. Andai sudah tertulis di luh mahfuz itu adalah rezeki yang diberikan, segala persiapan menghadapi pahit dan manis kehidupan berkongsi harus ditelan.", "Hanya mereka yang melalui akan memahami situasi ini, aduh manisnya bermadu! Inilah sebahagian daripada imbasan, perkongsian Dato’ Nurulhidayah dan Datin Bahazanariah sewaktu Majalah Nona berbual bicara bersama mereka pada awal perkahwinan 2017 lalu.", "Alhamdulillah kegembiraan dan kesejahteraan keluarga ini masih dapat di lihat di sosial media milik kedua-dua wanita hebat ini.", "Ramai sudah mengenali ahli perniagaan dan juga personaliti televisyen, Dato’ Nurulhidayah binti Ahmad Zahid Hamidi, anak sulung kepada Dato’ Seri Ahmad Zahid. Nona pun sebelum ini sudah beberapa kali menampilkan ceritanya di dalam lembaran majalah.", "Namun tiada siapa yang mengenali lebih dekat Datin Bahazanariah binti Baharudin, wanita manis molek yang menerima Dato’ Nurulhidayah sebagai madunya, lebih manis kalau di gelar ‘adik’.", "URUSAN HATI", "Umum mengetahui Dato’ Nurulhidayah telah bernikah dengan Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff secara rasmi pada penghujung bulan Jun, 2017 di kota suci Mekah. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ibunya Datin Seri Hamidah Khamis turut menyaksikan penyatuan itu.", "Apabila Dato’ Nurulhidayah memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram, ramai yang terkejut memandangkan status beliau sebagai isteri kedua. Majlis tersebut turut diraikan bersama oleh isteri pertama Dato’ Saiful iaitu Datin Bahazanariah.", "Lembut membahasakan dirinya sebagai kakak, Datin Bahazanariah berkata, “Saya tidak melihat ini sebagai satu masalah sebenarnya. Kerana saya sudah kenal dengan suami sejak kami berumur 15 tahun lagi.", "Bayangkan dari itu sehingga kami mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, saya sudah percaya kepadanya 200 peratus. Tiada rasa ragu atau pun muncul perasaan khuatir terhadap suami. Lagipun sebagai seorang muslim kita harus belajar menerima takdir.", "Kalau kita memberontak dan menentang itu seperti kita melawan takdir Allah. Saat dia berhasrat memperisterikan Dato’ Nurulhidayah saya sendiri yang memberikan kebenaran tanpa sebarang halangan. Cuma ketika itu saya berasa takut akan keselamatan suami memandangkan Dato’ Nurulhidayah merupakah seorang anak kepada orang kenamaan.", "Lagipun saya tidak terlalu kenal dengan Dato’ Nurulhidayah ketika itu. Namun setelah berkenalan dengan lebih dekat, barulah diri ini yakin. Ternyata ‘adik’ saya ini mementingkan perasaan saya dan tidak mengambil keputusan terburu-buru. Buktinya dia sendiri yang mahu berjumpa saya dan tidak merahsiakan perkahwinan.”", "Bagaimana boleh meletakkan kepercayaan 200 peratus kepada suami? Dan bagaimanakah penerimaan anak-anak terhadap perkara ini? “Bukankah itu perkara yang harus kita lakukan apabila berumah tangga? Suami isteri seharusnya tidak menyimpan rahsia dan bersikap telus antara satu sama lain.", "Saya yakin suami tidak akan mengabaikan kami anak beranak walaupun sudah berkahwin dengan Nurul kerana sepanjang perkahwinan kami dia merupakan seorang ayah yang terbaik, mustahil dia akan mengabaikan kami anak beranak. Alhamdulillah kini hampir empat bulan perkahwinan antara suami dan juga Nurul semuanya berjalan dengan baik.", "Kalau bercerita tentang anak-anak mereka semua sudah matang sebenarnya, yang lelaki mereka lebih bersikap terbuka cuma anak perempuan saya ketika dikhabarkan tentang perkahwinan ayahnya dia seperti tidak dapat menerima namun lama kelamaan sesudah berkenalan dengan ibu baru mereka, tiada lagi rasa yang negatif.", "Bahkan kami sering melakukan aktiviti bersama seperti menyaksikan perlawanan bola dan bercuti ke luar negara bersama-sama.” Menurut Datin Bahazanariah (kakak) dan Dato’ Nurulhidayah (adik), anak-anak masing-masing memanggil mereka dengan gelaran mak dan thethe (dede).", "Beralih pula kepada Dato’ Nurulhidayah. Bagaimana boleh berkenalan dengan Dato’ Saiful dan bilakah berputiknya rasa cinta itu? “Saya rasa untuk menyatakan berputik rasa cinta tidak terlalu tepat kerana saya sendiri seorang yang berprinsip tidak mahu berkahwin dengan suami orang.", "Perkenalan saya dengan suami atas dasar kerja. Kami bersama-sama terlibat dalam bidang perniagaan dan selalu berkongsi pendapat Ketika suami menyatakan hasratnya untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah. Saya memang terkejut, sangat terkejut! Sudahlah dia memang beristeri, saya sendiri pun takut kerana ibu saya seorang yang sangat pantang apabila wanita lain mengambil suami orang.", "Jadi apabila perkara ini terjadi kepada saya memang kaget. Tetapi melihat suami yang bersungguh-sungguh, saya memberikan syarat supaya pertemukan saya dengan isterinya yang pertama. Mula-mula memang rasa cemas, tapi bila dah kenal ternyata kami ‘sekepala’.", "Apabila kakak sudah meyakinkan saya, kemudian tiba giliran untuk memberitahu ibu pula. Apabila menerangkan keadaan ini, ibu mahu berjumpa dengan kakak dan alhamdulillah selepas pertemuan tersebut segalanya berjalan lancar dan saya mendapat restu kedua orang tua,” jelas Dato’ Nurulhidayah.", "Bagi Datin Bahazanariah puila, “Bila Nurul memberitahu yang ibunya iaitu Datin Seri Hamidah mahu berjumpa dan menjemput datang ke rumah, memanglah gemuruh dibuatnya. Namun bila sudah bertemu segala-galanya berubah, Datin Seri sangat peramah orangnya dan membuatkan rasa gugup itu hilang, tiba-tiba muncul pula Datuk Seri Ahmad Zahid terus terkejut dan gugup dibuatnya.", "Namun apa yang boleh saya simpulkan di sini hubungan kami sebagai madu amat telus dan tiada langsung perasaan yang berbolak balik atau menyimpan rasa. Alhamdulillah saya menerima kehadiran Nurul sebagai satu keluarga,” ujar Datin Bahazanariah jujur.", "Memang tidak dinafikan lagi keakraban dua wanita ini. “Anak-anak saya amat gembira apabila saya berkahwin lagi kerana kini bermakna mereka memiliki seorang ‘bapa’ dan selain itu mereka juga turut mempunyai abang dan kakak.", "Hubungan antara mereka adik beradik cukup baik. Kalau bercakap soal saya dan kakak, kami berdua selalu keluar bersama sebagai contoh malam tadi kami menonton perlawanan bola sepak bersama-sama. Memang kecoh habis! Sampai suami pun terdiam melihat keterujaan kami.", "Boleh dikatakan, kami memang gemar aktiviti-aktiviti luar dan kalau nak tahu kami juga suka ke karaoke bersama. Bagi saya aktiviti-aktiviti ini merapatkan lagi hubungan kami supaya utuh sebagai satu keluarga,” jelas Dato’ Nurulhidayah.", "EMOSI", "Seringkali kita dengar tentang kes cerai berai dan juga kes madu sama madu bergaduh besar mengalahkan perang dunia kedua. Bermacam-macam kes yang terjadi, masing-masing tidak mahu kalah dan masing-masing cuba menjatuhkan sesama sendiri. Apabila menemu bual dua wanita yang berada di dalam situasi yang sama, penulis begitu teruja mendengar jawapan mereka.", "Mendengar soalan yang diajukan Dato’ Nurulhidayah segera menjawab, “Bagi saya dalam sesebuah perkahwinan itu, kejujuran amat penting. Saya sendiri sebelum ini amat pantang dengar lelaki yang beristeri dua.", "Namun setelah melaluinya saya faham mengakui bahawa perkahwinan akan menjadi berkat sekiranya si suami jujur. Seperti saya, kakak sendiri yang datang merisik saya dan menyarungkan cincin di jari. Kerana sewaktu suami melamar saya, syarat yang saya kenakan adalah kakak perlu tahu perkara ini.", "Alhamdulillah penerimaan yang ditunjukkan oleh kakak menjadikan saya seorang insan yang bersyukur. Berbalik soal madu yang bergaduh dan bermasam muka seperti yang banyak terjadi kini.", "Bagi saya semuanya disebabkan oleh perasaan hasad dengki yang kuat. Yang nombor dua tidak mahu menghormati yang nombor satu malah saling berlawan untuk membuktikan siapa yang lebih baik dan lebih cantik.", "Bagi saya sebagai yang nombor dua kita perlulah mempunyai sikap bertolak ansur dan hormat kepada isteri pertama kerana mereka sudah berkongsi kasih. Namun hendak menyalahkan isteri semata-mata pun tidak adil. Suami perlu mengamalkan sikap terbuka dan berterus terang. Perkara yang tidak seperti madu bergaduh ini terjadi kerana suami ada yang menyembunyikan perkahwinan dari isteri pertama.", "Perkahwinan ini membuatkan saya berada di landasan yang betul. Suami dan kakak membuatkan saya bersikap lebih matang dari segala segi termasuklah hal agama. Saya bersyukur kerana menerusi penyatuan ini kami saling melengkapi.”", "Bagaimana pula dengan Datin Bahazanariah? Apakah pendapat datin mengenai perkara ini? “Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nurul. Suami harus bersikap terbuka dan jangan berselindung dengan isteri pertama. Sepanjang pengalaman bermadu ini boleh saya katakan ia adalah satu rahmat dan memberikan banyak nilai positif di dalam kehidupan saya kini.", "Kalau nak tahu sebelum suami berkahwin dengan Nurul saya jarang boleh meluangkan masa dengan ibu atau untuk diri sendiri kerana sibuk menguruskan suami serta anak-anak. Apabila suami berkahwin lagi semestinya dia harus mengikut sistem giliran. Jadi apabila dia meluangkan masa bersama Nurul saya secara automatik boleh melakukan segala aktiviti bagi mengisi masa yang ada.", "Paling menggembirakan saya boleh meluangkan masa lebih banyak dengan ibu saya sendiri dan sekarang saya mula ke kelas tajwid untuk belajar membaca Al-Quran dengan lebih lancar dan baik. Alhamdulillah ini adalah satu nikmat sebenarnya,” ujarnya.", "Nasihat terbaik daripada mereka kepada semua wanita diluar sana, “Bermadu bukanlah pilihan yang diingini oleh wanita, suami perlu bersikap bertanggungjawab. Kepada si isteri pula jangan sesekali suka membandingkan antara satu sama lain. Jika selalu berperasaan sebegini maka syaitan menjadi orang ketiga yang menyemai perasaan benci.”" ]
https://www.nona.my/kongsi-foto-anak-sulung-usia-18-tapi-wajah-madhuri-dixit-makin-jelita-curi-tumpuan/
Kongsi Foto Anak Sulung Usia 18 Tapi Wajah Madhuri Dixit Makin Jelita Curi Tumpuan
[ "Pejam celik sekejap sahaja anak sudah meningkat usia dan sedar-sedar sudah dewasa. Begitu juga yang dirasakan oleh pelakon terkenal Bollywood ini telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang ke-18.", "Menariknya, foto yang telah dikongsi Madhuri Dixit menunjukkan wajahnya makin jelita walau sudah berusia 53 tahun. Cuma anaknya sahaja yang berubah daripada kanak-kanak comel menjadi lelaki dewasa. Untung Madhuri Dixit yang berjaya mengekalkan kejelitaannya.", "Jika dilihat ketika di awal kemunculannya di layar perak Bollywood penampilan wanita ini sedikit pun tidak berubah. Malah kelihatan lebih cantik dan menawan.\nWanita yang sering melemparkan senyuman manis ini bukan sahaja berbakat dalam dunia lakonan malah begitu hebat di pentas tarian. Madhuri Dixit juga aktif sebagai juri dalam rancangan pencarian bakat menari Jhalak Dikhhla Jaa selama 4 musim.", "Pada tahun 1999, Madhuri Dixit telah mengambul keputusan menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin dengan Dr. Sriram Madhav Nene, seorang doktor pakar bedah kardiovaskular. Pelakon filem Hum Aapke Hain Koun ini juga telah berpindah mengikut suaminya ke Amerika Syarikat dan melahirkan dua orang anak lelaki, Arin pada tahun 2003 dan Ryan pada tahun 2005.", "Madhuri Dixit mula mempertaruhkan kerjaya seni saat pertama kali berlakon dalam filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu usianya baru menjangkau 17 tahun." ]
https://www.nona.my/happy-bawa-anak-main-di-taman-post-tunggu-komen-oh-sikap-ibu-bapa-sekarang-pelik/
“Happy Bawa Anak Main Di Taman.” POST. Tunggu Komen. Oh, Sikap Ibu Bapa Sekarang Makin Pelik!
[ "Ini realiti ibu bapa moden yang sentiasa bertemankan telefon pintar di tangan. Tak mahu mengaku tapi terang-terangan tak boleh hidup tanpa media sosial dan Whatsapp setiap hari.", "Tatkala membaca perkongsian saudara Ahmad Hisyam Sabrani ini, rasa macam penampar singgah ke pipi. Kita usap pipi yang pedih tapi kemudian kita akan tunduk mengaku, ‘Iya, betul juga.’", "Semoga menjadi iktibar buat pembaca Nona! Norzalina Mohd Alias", "============================", "Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.", "Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.", "Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.", "Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.", "Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.", "Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan iPad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.", "Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.", "Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…", "كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَاْلأَمِيْرُ رَاعٍ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ.", "Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)", "إِنَّ اللهَ سَائِلٌ كُلَّ رَاعٍ عَمَّا اسْتَرْعَاهُ أَحَفِظَ ذَلِكَ أَمْ ضَيَّعَ؟ حَتَّى يَسْأَلَ الرَّجُلَ عَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ.", "Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)", "============================" ]
https://www.nona.my/pencinta-kucing-muzik-tun-dr-siti-hasmah-dedah-rahsia-penyayang/
Pencinta Kucing & Muzik, Tun Dr Siti Hasmah Dedah Rahsia Penyayang!
[ "“Sehingga sekarang saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang doktor wanita Melayu Islam yang mampu memberi sumbangan besar terhadap masyarakat,” ujar penyandang Nona Superwoman Award 2020, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berusia 94 tahun itu.", "Sepagi di kediaman rasmi Tun Hasmah di Jalan Kuda Emas, Seri Kembangan, bagai melestarikan mimpi kami. Nyaman suasana hijau di perkarangan, lengkap tugu Pak Belang menghiasi landskap dan seni bina banglo retro itu. Tun Hasmah turun dari lif dipimpin seorang pembantu, tak lekang senyumannya, ramah dan mesra berjenaka seperti selalu.", "Tidak sah berbual dengan Tun Hasmah jika tidak mengimbau nostalgia lama. Rumah klasik ini sarat dengan memorabilia serta gantungan foto-foto bersejarah sejak Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan nombor satu Malaysia sebanyak dua kali.", "Ada juga ruang menempatkan piano serta biola yang digeseknya setiap minggu. Ketika pandangan merayau meninjau koleksi-koleksi tersebut, perhatian penulis tertancap di sebuah ruang menonton TV.", "“Inilah tempat rehat kegemaran saya. Hari-hari tengok TV dan ikut perkembangan kes COVID-19 di sini. Saya mesti akan tengok berita dan tunggu Dr Noor Hisham ke udara,” cerita Tun Hasmah sambil menunjukkan sofa tempat beliau selalu berbaring.", "Sofa empuk dan seekor kucing hitam gebu bernama Blackie menjadi teman Tun Hasmah ketika suaminya keluar bertugas.", "Tidak jemu dengan rutin yang sama? Soal penulis sambil mengusap leher Blackie yang manja. Tun Hasmah menggeleng. “Dah biasa,” jawab beliau perlahan sambil melemparkan senyuman.", "Benarlah sifat penyayang itu miliknya. Karakter lembut Tun Hasmah sebenarnya adalah tenaga terkuat sepanjang mengenali wanita hebat berusia 94 tahun ini.", "Beliau yang sudah cukup masak dengan kesibukan suami tercinta sempat berseloroh, “Tun Mahathir tu rajin bekerja… cubalah kalau boleh suruh dia (Tun) berhenti,” ujar Tun Hasmah sebelum berkongsi rahsia kuat ingatannya kepada followers Nona.", "Sanjungan penulis terhadap Tun Hasmah tumbuh sejak zaman persekolahan lagi. Beliau mendukung karakter seorang isteri pemimpin yang sebenar, yang sentiasa menyokong jatuh bangun kerjaya suami tanpa jemu.", "Rasa kagum terhadap doktor wanita Melayu kedua di Malaysia itu kian bertambah apabila melihatkan kesihatan Tun Hasmah yang tidak banyak terjejas kecuali penglihatan. Syukur alhamdulilah.", "“Dari segi pemakanan tu, macam biasa je. Saya tak boleh makan pedas. Tapi saya suka sayur terung yang disambal, ikan kering dan lauk kuah-kuah… Selain tu saya cuba kurangkan nasi dan makan mihun sup yang menyihatkan.", "Diet Tun Mahathir pun sama. Dia makan apa saja kecuali ikan. Tapi bila ke Jepun, anehnya dia suka pula makan ikan mentah macam sashimi (ketawa). Apa pun bila pasal makan, lebih elok kita bersederhana,” cerita Tun Hasmah yang merupakan nenda kepada 18 orang cucu itu.", "Anak kelahiran Klang, Selangor ini menamatkan pengajian perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura sebelum bergelar mahasiswi perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Singapura (ketika itu) pada tahun 1955.", "Banyak pengalaman Tun Hasmah sewaktu berkhidmat sebagai doktor perubatan lewat tahun 1955 di Kedah dikongsi bersama penulis. “Negeri Kedah pada waktu itu masih dalam suasana luar bandar, dihuni ramai penduduk miskin dan rata-ratanya buta huruf.", "Saya masih ingat, pihak hospital sering dipersalahkan apabila kami gagal untuk menyelamatkan nyawa seseorang gara-gara sikap masyarakat yang konservatif dan lambat mendapatkan rawatan.", "Sehingga sekarang saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang doktor wanita Melayu Islam yang mampu memberi sumbangan besar terhadap masyarakat.", "Sebagai bekas pegawai perubatan, saya amat terhutang budi kepada mantan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang sangat mengambil berat tentang kesusahan masyarakat luar bandar,” luah Tun Dr. Siti Hasmah yang turut mengagumi kepimpinan Tun Fatimah Hashim itu.", "Perkahwinan Tun Hasmah dan Tun Mahathir mencecah usia 64 tahun. Rahsia perkahwinan suami isteri ini sudah tentulah bergantung pada sifat mengalah dan bersabar dengan ombak badai yang menghempas rumah tangga mereka.", "Jelas ibu kepada Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar itu lagi, sebagai isteri, kepercayaan itu amat penting.", "“Orang kata behind every successful man, there is a woman. Kalau kata-kata ini dibacakan depan saya, saya akan jawab ‘No. Behind every successful man, there is a woman, not any woman but his wife’. Kadangkala saya tambah lagi, not any wife but first wife!” tutur Tun Hasmah serius.", "Perkahwinan mereka yang sudah melewati ulang tahun Jubli Intan menjadikan apa jua perkongsian cinta berkenaan keduanya begitu indah untuk dijadikan panduan.", "“Sebagai isteri, kita harus percaya dan yakin suami kasih dan sayang. Setiap pasangan mesti ada keyakinan sebegitu supaya tiada kebimbangan di hati.”", "Nasihat Tun Hasmah, seandainya berlaku konflik dalam rumah tangga, belajar selesaikan dengan matang pada waktu dan tempat yang sesuai.", "“Ada ketikanya saya tergelincir juga dalam kata-kata hingga menyebabkan dia berdiam diri. Kadangkala dalam motokar pun dia diam. Tak boleh buat-buat cakap. Itu tandanya ada sesuatu yang tak kena. Jadi sampai rumah kami akan selesaikan,” kongsinya tentang petua kebahagiaan.", "Tidak hanya terkenal sebagai isteri pemimpin negara dan doktor perubatan, bonda Tun Hasmah terus meniupkan inspirasi kepada generasi wanita moden seperti kita semua agar lebih bijak menguruskan keluarga serta memberi masa untuk menjaga diri sendiri.", "Dari hobinya yang suka menulis, bermain muzik dan mengambil tahu perihal isu semasa, beliau jelas melambangkan sisi Nona Superwoman yang sebenar… She’s truly a living legend.", "Penyelaras & Penulis: Norzalina Mohd Alias\nPenata Gaya: Kiffy Razak\nFoto: Sharinizam Othman\nSolekan: Emma Mustafa\nDandanan: Dr Rajavel" ]
https://www.nona.my/kita-semua-layak-merasa-manisnya-hafiz-mahamad-hadiahkan-pakej-umrah-buat-staf-kesayangan/
“Lama Dah Nak Hantar Mereka Ke Bumi Allah…” Hafiz Mahamad Hadiahkan Pakej Umrah Buat Staf Kesayangan
[ "Nama Hafiz Mahamad rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pempengaruh dan usahawan berjaya ini kerap kali berkongsi rutin hariannya bersama dengan pengikutnya, termasuklah kerja-kerja amal yang dilakukan.", "Dan terbaru, menerusi hantarannya di Instagram Hafiz Mahamad yang juga suami Syafiqah Aina, pengasas produk kecantikan AINAA Beauty ini berkongsi satu kejutan di mana beliau akan membawa seramai 120 pekerja dan kakitangannya menunaikan umrah bersamanya.", "Untuk pengetahuan, ini bukan pertama kali Hafiz Mahamad berbuat demikian. Hafiz pernah membawa 20 pekerjanya menunaikan umrah sebelum ini. Yang istimewanya kali ini, bagi pekerja suami isteri, kedua-duanya diberi peluang untuk bersama-sama menunaikannya.", "Perkhabaran yang diiumumkan Hafiz nyata mengundang rasa sebak dan terharu di kalangan pekerjanya. Menyingkap di hantaran Instagramnya, ramai memuji sikap rendah diri Hafiz menyantuni pekerja-pekerjanya. Walaupun beliau seorang bos, namun masih mengingati dan mengambil berat kebajikan pekerjanya.", "******************************", "******************************", "Menerusi kepsyen yang ditulis, Hafiz berkata “Dari awal niaga dulu, saya nak selesaikan ini dulu. Teringin sangat nak hantar mereka ke Bumi Allah! Mana saya tak sebak, orang kata cara saya salah dalam melayan staff & team ! Manjakan itu manjakan ini, “Takda standart lepak dengan staff/team”. Ini keluarga saya, setiap perjuangan selama ni “mereka lah yg hebat”", "Hafiz dan Syafiqah Aina berkahwin pada 24 November 2017, dan mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan, Raisya Arisa.", "Semoga tindakan Hafiz Mahamad ini membuka mata orang ramai dan semoga perniagaannya terus sukses!" ]
https://www.nona.my/suka-beli-sepatu-tapi-tahukah-anda-jenis-sepatu-yang-anda-beli-nona-senaraikan-10-jenis-rekaan-sepatu-untuk-pengetahuan-anda/
Suka Beli Sepatu? Tapi Tahukah Anda Jenis Sepatu Yang Anda Beli? Nona Senaraikan 10 Jenis Rekaan Sepatu Untuk Pengetahuan Anda
[ "Dari gaya stilleto yang seksi kepada pilihan but yang ranggi, bentuk dan juga stail sepatu saling berkait untuk melengkapkan gaya keseluruhan anda. Ini adalah antara 10 rekaan sepatu yang popular untuk anda ambil tahu.", "POINTY-TOES ", "Sepatu ini hadir dengan rekaan muncung hadapan yang tajam sama ada dalam bentuk sepatu tumit tinggi atau sepatu leper.", "PUMPS", "Jenis sepatu ini pula antara sepatu yang selalu dibeli wanita. Ia menutup keseluruhan jari kaki dan hadir dengan tumit yang runcing tetapi tidak tajam.", "SLINGBACKS", "Ia merupakan rekaan sepatu bertali belakang yang menjadikan pemakaian lebih selesa tidak kira bertumit tinggi atau rendah.", "LOAFERS", "Rekaan sepatu ini diinspirasikan dari rekaan sepatu lelaki. Ia merupakan sepatu yang menutup keseluruhan kaki dan hadir dengan rekaan lidah tinggi pada permukaan kasut.", "WEDGES", "Sepatu kegemaran ramai wanita ini sentiasa menjadi pilihan kerana ia stabil dan selesa. Rekaannya hadir dengan tapak tiga segi penuh.", "PLATFORMS", "Sepatu tumit tinggi ini degelat platforms kerana memiliki tapak tebal tambahan pada bahagian hadapan bagi memberikan ketinggian kepada si pemakai.", "D’ORSAYS", "Ini adalah rekaan sepatu yang dipotong pada bahagia temi menjadikan anatominya terbahagi kepada bahagian hadapan yang menutup jari kaki dan bahagian belakang yang menutup tumit.", "ESPADRILLES", "Rekaan sepatu ini hadir dalam rekaan leper dan juga wedges serta tapaknya dihasilkan menggunakan tali jut.", "PEEP-TOES", "Rekaan sepatu ini mempunyai bukaan hadapan yang menampakkan jari kaki. Ia hadir dalam rekaan tumit tinggi dan juga leper. Kebiasaannya ia dipakai untuk memberikan keselesaan agar kaki tidak berpeluh.", "ANKLE BOOTS", "Ini antara rekaan sepatu but yang popular. Ia boleh dihasilkan bertumit tinggi dan juga renda. Sepatu ini menutup kaki sehingga ke paras atas buku lali." ]
https://www.nona.my/wanita-58-tahun-tercantik-di-dunia-elizabeth-hurley-pakai-pelembap-10-kali-sehari/
Wanita 58 Tahun Tercantik Di Dunia, ELIZABETH HURLEY Pakai Pelembap 10 Kali Sehari
[ "Persis bidadari, cantik dan sempurna untuk wanita seusianya, daya penarik Elizabeth Hurley pada usia 58 tahun jadi perhatian dunia. Jika kebanyakan yang lain sudah mula ditandai garis keriput dan kekeringan kulit, aktres Inggeris yang turut merupakan pereka baju bikini itu kekal awet muda berkat amalan memakai pelembap 10 kali sehari.", "Menatap laman media sosial pelakon filem Austin Powers ini, banyak hantaran foto-foto Elizabeth Hurley yang dibiarkan polos tanpa solekan. Kulitnya yang mulus, tampak sihat dan berseri tanpa kedutan. Padahal usianya sudah hampir mencecah 60 tahun.", "Baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-58 pada 10 Jun lalu, aktres jelita asal Hampshire, England dengan nama penuh Elizabeth Jane Hurley ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.", "Sinonim dengan jenama kecantikan antarabangsa, Estee Lauder, beliau kerap tampil memperjuangkan pelbagai kempen kesihatan dan hak asasi berkaitan wanita di bawah syarikat tersebut. Antaranya Kempen Kesedaran Kanser Payudara Estee Lauder.", "Tidak sekadar bijak dan awet muda, ibu anak satu – Damian Hurley – ini juga berjiwa usahawan. Beliau mempunyai jenama pakaian renang sendiri yang dinamakan Elizabeth Hurley Beach.", "Paling mengujakan, beliau sendiri adalah model untuk bikini yang direkanya. Bayangkan tubuh badan wanita berusia 58 tahun tapi tetap segak dan ramping, persis gadis 20-an!", "Minum Air Putih", "Menjaga kesihatan kulit harus dimulakan dari dalam tubuh. Kerana itu Elizabeth rajin meminum air putih malah melalui perkongsiannya di Daily Mail, beliau berkongsi amalan minum dua cawan air suam setiap pagi.", "Sapu Pelembap 10 Kali Sehari", "Menurut Women’s Health, pelakon siri Gossip Girl ini juga rajin menggunakan krim pelembap atau moisturiser untuk kesihatan kulit. Beliau melembapkan kulit hingga 10 kali sehari termasuk di bahagian leher agar kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.", "“Saya melembapkan wajah saya sekitar 6 kali sehari dan leher saya sekitar 10 kali sehari. Ia rahsia kulit bersinar.” Elizabeth Hurley", "Hindari Makanan Proses", "Wanita Inggeris ini sangat menitik beratkan soal diet. Beliau percaya bahawa apa yang dimakan akan mempengaruhi penampilan kulitnya. Kerana itu beliau hanya menikmati makanan segar, bukan yang diproses atau mengandungi bahan pengawet.", "“Saya suka makanan yang sederhana, semula jadi dan mudah. Saya kurang gemar makanan tinggi bahan kimia atau zat tambahan. Kebanyakan sayuran yang dimakan ditanam secara lokal. Begitu juga daging.” Elizabeth Hurley, The Cut", "Istirahat Secukupnya", "Ibu anak satu itu juga sangat mementingkan waktu istirahat dan tidur yang cukup untuk menjaga kulit.", "“Saya sangat memahami tubuh saya, bila waktunya untuk istirahat. Saya juga mengimbangi kesihatan dengan makanan sihat dan tidak merokok.” Elizabeth Hurley" ]
https://www.nona.my/cantik-ayunya-sultanah-nur-zahirah-tetap-menawan-dengan-tudung-awning/
Cantik & Ayunya SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!
[ "Sejuk mata memandang Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.", "Paling mencuri tumpuan… gaya fesyen tudung Sultanah Nur Zahirah sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13. Dari dulu hingga kini tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah ketika bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.", "Berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17 pada 16 November lalu, Sultanah Nur Zahirah yang lengkap menyarung persalinan jubah konvokesyen berwarna merah jambu turut memakai jenis tudung kegemaran baginda dalam rona senada.", "Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, bersantai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.", " Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996.", "Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Sumber: Instagram Terengganu Royal Family & Royal Terengganu Songket" ]
https://www.nona.my/agong-tengku-hassanal-berkenan-melawat-mangsa-banjir-kurnia-sumbangan-serta-luang-masa-beramah-mesra/
Agong & Tengku Hassanal Berkenan Melawat Mangsa Banjir. Kurnia Sumbangan Serta Luang Masa Beramah Mesra
[ "KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.\n", "Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.", "Hadir sama Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Sabariah Saidan, Ketua Polis Pahang Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.", "Tiga PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Beserah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung dan Sekolah Kebangsaan Pelindung, Kuantan.", "Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir. Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.", "Seramai 226 orang daripada 50 keluarga telah dipindahkan di PPS SK Beserah, 201 orang daripada 50 keluarga di PPS SMK Pelindung dan 65 orang daripada 15 keluarga di PPS SK Pelindung.", "Seri Paduka Baginda turut berkenan bertitah kepada semua rakyat khususnya penduduk Pantai Timur supaya berwaspada dan sentiasa memastikan keselamatan anak-anak terutamanya ketika musim tengkujuh.", "Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar mangsa banjir yang ditempatkan di semua PPS bersabar dan menasihati mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan di PPS.", "Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.", "Sumber: Istana Negara" ]
https://www.nona.my/putera-mahkota-dubai-ini-lelaki-terkaya-di-dunia-jalani-hidup-sederhana-2/
Putera Mahkota Dubai Ini Lelaki Terkaya Di Dunia & Jalani Hidup Sederhana
[ "Dubai sebuah kota yang terhampar dengan elemen kemewahan. Walaupun Dubai dikenali kerana minyak, sumber ini hanya menyumbang kurang daripada 1 peratus KDNKK negara yang terletak di UAE ini. Kini Kota Dubai menjadi pusat perniagaan global dan destinasi pelancongan mewah yang tidak dapat digambarkan.", "Menjadi antara negara terkaya di dunia dengan nilai harta yang berbillion pasti kita membayangkan bagaimana pula kehidupan keluarga diraja Dubai ini. Mengenali Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum memiliki semua yang diimpikan oleh lelaki. Pada usia 35 tahun, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum bukan sahaja memiliki wajah tampan yang digilai oleh wanita namun Putera Mahkota Dubai ini antara yang terkaya di dunia.", "Pasti kita menjangkakan kehidupan Putera Mahkota Dubai ini hidup dilimpahi dengan kemewahan yang melampau dengan kereta mewah, istana besar, berparti dan sebagainya. Namun, Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini yang lebih mesra disapa Fazza memilih untuk memaparkan kehidupan yang sederhana di laman Instagramnya.", "Ramai yang mengikuti perkembangan beliau di laman Instragram sehingga pengikut naik mendadak daripada 5.7 juta orang pengikut pada Oktober 2017 dan menjadi 7.2 juta orang pada tahun ini dan pastinya akan terus bertambah.", "Putera diraja Dubai ini lebih gembira berkongsi dengan rakyat tentang kebajikan yang dilakukannya termasuk minatnya terhadap haiwan, sukan dan travel. Beliau juga meminati fotografi dan boleh dilihat melalui paparannya di laman Instagram sehingga boleh digelar sebagai ‘Raja Instagram”.", "Putera kedua kepada Emir Dubai,  Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum ini dikagumi dan disayangi kerana bersikap sedrhana, merendah diri, bijak, berbudi bahasa dan suka membantu rakyat jelata. Putera diraja Dubai ini dikatakan masih bujang dan menjadi idaman wanita seluruh dunia.", "Penampilan putera mahkota ini ini juga ringkas dengan jubah berwarna putih atau mengenakan pakaian sukan dan bertopi besbol. Memang minatnya terlalu tinggi terhadap sukan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang dermawan dan prihatin akan nasib rakyatnya yang kurang bernasib baik. Sejak ditabalkan sebagai Putera Mahkota Dubai pada 1 Februari 2008, Sheikh Hamdan masih memainkan peranan aktif dalam Pusat Autisme Dubai selaku penaung kehormat.", "Nilai-nilai murni pada diri Sheikh Hamdan juga dapat terlihat apabila video viralnya beliau membantu sebuah treler 12 tayar yang terperangkap di padang pasir tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram dua tahun lalu.", "Putera Mahkota Dubai ini menyertai kolej yang sama dengan keluarga diraja British. Beliau belajar di Rashid School for Boys dan Dubai School of Government. Kemudian telah melanjutkan pelajaran di Sandhurst Military Academy United Kingdoa (alumni Putera William dan Putera Harry). Sheikh Hamdan seterusnya melanjutkan pelajaran di  London School of Economics. Pada tahun 18 Jun 2011, beliau melawat Malaysia, dan mendapat gelaran ‘Tun’ dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin." ]
https://www.nona.my/telan-belanja-usd1-9-juta-perkahwinan-mewah-model-brazil-di-hotel-7-bintang-dubai-buat-netizen-tergamam/
Telan Belanja USD1.9 JUTA, Perkahwinan Mewah Model Brazil Di Hotel 7 Bintang Dubai Buat Netizen Tergamam!
[ "Tidak ubah seperti majlis perkahwinan diraja! Beruntungnya model Brazil bernama Janaina Cardoso ini apabila suami yang dikahwini merupakan seorang lelaki Pakistan kaya-raya dan sanggup menghabiskan wang sebanyak Dhs 7 juta atau bersamaan USD1.9 juta untuk perbelanjaan perkahwinan mereka.", "Berlangsung pada 8 Jun lalu, majlis gilang-gemilang pasangan ini diadakan di hotel bertaraf 7 bintang Burj Al-Arab di Dubai yang turut diiktiraf sebagai salah satu hotel termewah di dunia! Juga terkenal dengan struktur bangunan ikonik seperti layar sebuah kapal… Burj Al-Arab merupakan hotel kelima tertinggi di dunia yang diberi penarafan 7 bintang.", "Hotel serba mewah dan indah ini juga dibina di atas pulau buatan yang dihubungkan ke bandar melalui jambatan persendirian.", "Selain kos lokasi yang mahal, perbelanjaan yang besar turut digunakan untuk menghias ruang dewan. Dah namanya pun kahwin di tempat mahal… segala-galanya pasti mahu tampak mewah termasuklah hiasan ruang dewan, busana perkahwinan pengantin lelaki dan perempuan, cenderamata kepada para tetamu dan sebagainya.", "Bukan saja pasangan mempelai perlu nampak mewah dan cantik from head to toe, pengapit pengantin perempuan dan lelaki juga tidak kurang hebatnya. Difahamkan kesemua pengapit di majlis perkahwinan tersebut menggayakan busana dari label mewah.", "Pengapit lelaki segak dengan sut hitam lengkap dari Tom Ford manakala pengapit perempuan pula anggun dalam persalinan biru firus Zuhair Murad. Untung mereka!", "Yang pasti, busana perkahwinan Janaina nyata cukup memukau. Memilih rona suci putih… model cantik dan tinggi lampai ini kelihatan sangat menawan tatkala gaun perkahwinan eksklusif ilham pereka antarabangsa, Elie Saab disarung kemas di tubuh langsingnya.", "Istimewanya gaun ini adalah kerana ia diperincikan dengan design tarikh perkahwinan dan dihasilkan sepanjang 3 meter! Usai melafaz ikrar perkahwinan, kedua-duanya menyarungkan cincin Cartier ke jari manis pasangan.", "Sepanjang perkahwinan Janaina dan Imran… ruang dewan Burj Al-Arab bertukar menjadi sebuah taman yang harum semerbak dengan bunga-bungaan segar serba putih yang dihias memenuhi setiap sudut dewan.", "Bermula dari pintu masuk sehingga ke pelaminan… setiap laluan diserikan dengan hiasan ribuan pelbagai jenis bunga putih yang turut memenuhi siling sampai ke lantai dewan. Bunga-bungaan segar yang diambil juga bukan sebarangan kerana ia diimport terus dari Belanda!", "Para tetamu yang hadir tidak hanya diserikan dengan persembahan hebat kumpulan rock era 80an, Fortune yang diterbangkan dari UK… bahkan turut menerima kejutan apabila pasangan pengantin berbesar hati menyediakan 120 buah iPad kepada setiap tetamu sebagai hadiah cenderamata perkahwinan.", "Lebih unik, iPad berkenaan turut diukir dengan butiran perkahwinan Janaina dan Imran sekaligus menjadi momen terindah buat tetamu dan mempelai. Wow!", "Kredit: Instagram Event Chic Designs" ]
https://www.nona.my/dato-sri-eizlan-yusof-dr-ahmad-idham-kini-pegawai-kerajaan-orang-kuat-promosi-seni-budaya-malaysia/
Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dr Ahmad Idham Kini Pegawai Menteri, Promosi Budaya Ke Antarabangsa!
[ "Nama dua tokoh seni ini tidak perlu diperkenalkan. Semenjak berkecimpung dalam industri, Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham sentiasa merevolusikan program hiburan tempatan agar terus relevan dengan cita rasa peminat.", "Terbaharu, dua nama hebat ini telah dilantik di bawah pejabat Menteri bagi membantu Kementerian Luar Negeri mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.", "Dalam kenyataan rasmi Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah, Dato’ Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Perunding Kreatif, sementara Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan berkuatkuasa 1 November 2021.", "“Saya yakin bahawa Dr. Ahmad Idham dan Dato’ Sri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya.” Dato’ Saifuddin", "Bukan calang-calang amanah, pelantikan mereka juga sebenarnya selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan negara, di samping menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.", "Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.", "“Terima kasih Dato’ Saifuddin atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.” Dato’ Sri Eizlan Yusof", "Dato’ Sri Eizlan merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.", "“Terima kasih Dato’ Saifuddin di atas pelantikan saya sebagai Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar Negeri Malaysia.” Dr Ahmad Idham", "Dr. Ahmad Idham merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018.", "Semoga dengan pelantikan baru ini bakal memberi nafas baru kepada sektor seni dan budaya Malaysia. Selamat menjalankan tugas!" ]
https://www.nona.my/lontaran-kata-dari-arwah-datuk-dr-maznah-hamid-secebis-ingatan-buat-pembaca-majalah-nona/
Lontaran Kata Dari Arwah Datuk Dr Maznah Hamid, Secebis Ingatan Buat Pembaca Majalah Nona
[ "Sudah tiga tahun berlalu sejak pemergian Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid. Wanita Inspirasi Nona ini, atau lebih dikenali sebagai Iron Lady telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun 2017, selepas mengalami komplikasi jantung.", "Kami berkongsi kembali coretan yang pernah ditulis oleh arwah kepada semua pembaca Majalah Nona…", "============================", "Saya melontar kata ini untuk pembaca jadikannya sebagai inspirasi, motivasi dan kesedaran kepada semua. Jika saya boleh, anda semua boleh! Tidak kira anda anak penoreh getah, pesawah padi atau siapa sahaja dari mana asal usulnya, paling penting apa akhirnya… dia boleh jadikan dirinya!", "Saya tidak mahu wanita mudah yang mudah tertindas, merana ikut emosi sehingga hidup tidak teratur dan tidak bangun semula. Saya tidak mahu mereka mengalah dan harus bangun kembali berjuang supaya hidup ini dihadapi dengan kuat biarpun pelbagai cabaran. Kita perlu enjoy menikmati kehidupan dan hadapi cabaran untuk menjadi lebih kuat.", "Saya orang kampung, bila ibu bapa bercerai saya dijaga oleh nenek sebagai cucu sulung. Saya juga dibesarkan dalam sawah bendang dalam suasana yang sememangnya tidak mengenali erti kekayaan atau kemewahan. Tetapi mungkin bagi sesetengah manusia, keadaan begini akan membuatkannya menjadi lemah dan pasrah. Namun saya jadikan keadaan ini sebagai satu rahmat untuk bangun berjuang, kebal dan ‘Never say die attitude’ akhirnya.", "Dahulunya saya seorang yang sensitif, takut, pemalu dan tidak bijaksana. Saya seorang gadis biasa dengan kebiasaannya. Tetapi saya berikrar tidak mahu jadi sebegitu selamanya. Saya ingin mencipta 3k – kejayaan, kekayaan dan kesenangan. Itulah yang saya rasa perlu ubah segala-galanya. Saya keluar dari kepompong tersebut, lalu menjelajah dunia untuk belajar untuk memperoleh pelbagai ilmu bagi mencapai kejayaan.", "Pada peringkat permulaan saya mula berniaga di awal 80-an, saya gagal untuk mendapat sebarang bantuan kewangan kerana saya seorang wanita. Kata mereka, ‘Maznah, you salah pilih bidang! Perempuan mana boleh buat perniagaan yang melibatkan senjata api dan sebagainya. Ini bukan mainan wanita, lelaki sahaja boleh berjaya.", "Tetapi saya berdoa kepada Allah untuk memberi kekuatan kerana saya ingin buktikan kemampuan untuk melakukannya. Kerana saya percaya wanita seperti saya mempunyai nilai kejujuran, kepercayaan dan amanah yang tinggi. Inilah asas paling utama dalam pelaksanaan apa sahaja bidang perniagaan sekalipun selain daripada kuat untuk menghadapi cabaran.", "Perniagaan saya ini melibatkan mereka yang ternama dan kaya-raya, menjaga keselamatan secara menyeluruh. Bukan mudah untuk melalui semua keadaan ini, … saya boleh berjaya daripada lelaki. Wanita kadang-kadang tidak faham keistimewaan dan keunikan yang Tuhan berikan.", "Kekuatan dalaman yang diberikan tidak digunakan dan diperkuatkan. Wanita hanya melihat dia lemah fizikal atau beremosi mengikut perasaan, seharusnya wanita perlu cabar untuk menghadapi pelbagai cabaran di abad ke-21 ini…. Seperti saya, saya ingin menjadi wanita luar biasa, tidak mahu sama sekali dikatakan lemah, putus asa, ‘mandom’ dan ‘loy’ – loghat bahasa orang utara Kedah.", "‘The best man for the job is a woman’ kata-kata ini setiap pagi saya baca. Ini kerana perniagaan utama saya ialah keselamatan, senjata api, kereta kebal dan monitor dengan penggunaan sistem teknologi terkini. Jadi orang ingat wanita hanya sesuai buat perniagaan tradisi seperti memasak, mengandam, menjahit dan sebagainya.", "Saya ingin menjadi seorang yang luar biasa. Lelaki yang berada dalam dunia kerjaya wanita, akan menjadi hebat dan begitu juga wanita apabila berada dalam dunia lelaki, dia akan menjadi perkasa dan bertambah powerful. Jadi wahai wanita, keluarlah daripada bidang tradisi mu…", "Saya bersyukur kepada Allah SWT telah mengubah keperibadian saya dahulu menjadi wanita perkasa disebabkan perniagaan saya ini. Sekarang karakter berani dengan kekuatan dalaman yang kuat, mempunyai personaliti yang tidak mudah ‘terancam tetapi ‘mengancam’. Tidak mudah tergugat tetapi menggugat.", "Walau bagaimanapun, ciri-ciri perubahan ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai. Ia tidak datang bergolek begitu sahaja, ia memerlukan latihan demi latihan, mengharungi pelbagai cabaran dan godaan yang tidak henti tanpa noktahnya.", "Sebab itu saya percaya kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Kita haruslah berupaya untuk membuat persediaan yang rapi untuk mempunyai keupayaan mengharungi segala-galanya.", "Namun saya tidak menafikan, sebagai wanita biasa, saya juga tidak terlepas untuk meluahkan perasaan sedih dengan menangis. Tetapi saya melatih diri saya untuk jangan menangis seperti dahulu, kecuali untuk perkara yang membantu saya.", "Suami dan anak-anak saya, kalau saya menangis semua akan menjadi takut kerana saya jarang menangis. Tetapi kadangkala saya menangis mungkin kerana saya gembira bukan kecewa. Andai kata musibah berlaku dan kalau saya ingin menangis, saya akan masuk bilik kecil dan menangis sekurang-kurang sejam. Selepas itu saya akan menarik nafas dan memohon pada Tuhan untuk memberi saya kekuatan dan keluar untuk menghadapi cabaran dunia ini.", "Jelas untuk menjadi wanita perkasa bukan mudah sebenarnya. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya seorang suami terbaik, Life partner, business partner and sleeping partner yang cukup memahami dan menghormati keistimewaan serta keunikan seperti saya.", "Dan alhamdulillah, saya kini mengecap segala keseimbangan ini. Saya bersyukur perjalanan hidup saya sempurna sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan nenekanda yang terbaik… Dan kini saya ingin kembalikan segala-galanya kepada masyarakat untuk berjaya bersama.", "DATUK DR. MAZNAH HAMID", "Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) buat wanita besi ini…." ]
https://www.nona.my/bulan-puasa-tentu-rasa-letih-ini-7-tip-fesyen-mudah-untuk-kekal-segar-sepanjang-hari/
Bulan Puasa Tentu Rasa Letih, Ini 7 Tip Fesyen Mudah Untuk Kekal Segar Sepanjang Hari!
[ "Sempena bulan Ramadan yang mulia, pastinya umat islam berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat. Selain sibuk menjalani rutin harian di bulan Ramadan, ibadah puasa juga memerlukan persiapan diri sewajarnya agar diri lebih bersedia. Namun, pernahkan anda terfiir mengenai fesyen yang sesuai untuk digayakan di bulan puasa?", "Untuk tampil selesa dan trendy sepanjang bulan mulia ini, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Ia sangat penting untuk memastikan anda berasa nyaman saat melakukan aktiviti harian selama menjalani ibadah puasa. Mungkin ia kedengaran klishe, namun penggayaan fesyen yang tepat dan sempurna mampu memberikan impak yang cukup positif.", "1. POTONGAN BESAR", "Untuk kesan terbaik, pilih pakaian dengan potongan yang lebih besar. Selain memudahkan pergerakan, ia juga mampu mengalirkan pengudaraan buat tubuh anda agar berasa lebih nyaman. Elak dari memakai pakaian yang terlalu ketat hingga menyukarkan anda untuk bergerak bebas. Sekiranya anda gemar memakai celana yang ketat, anda boleh memadankan ia dengan top yang lebih longgar. Jangan memilih top yang sama ketat dengan celana yang dipilih bimbang akan menyebabkan anda kurang selesa sepanjang hari dan membuatkan anda cepat berasa penat.", "2. FABRIK SERAP PELUH", "Elakkan memilih pakaian yang terlalu tebal untuk digayakan di bulan puasa. Ia hanya membuatkan anda cepat berpeluh. Sebaiknya, pilih pakaian dengan fabrik yang mampu menyerap peluh seperti cotton, sifon dan crepe. Ia memberi keselesaan saat anda melakukan rutin harian. Bagi mereka yang memakai hijab, pilihan tudung amat penting. Pilih material tudung yang lebih nipis namun jangan terlalu jarang sehingga menampakkan leher dan rambut anda.", "3. GAYA HIJAB MINIMALIS", "Anda disarankan untuk memakai hijab yang lebih ringkas dan minimalis. Mungkin anda mempunyai masa yang terhad di bulan puasa dengan aktiviti-aktiviti harian. Pilihan hijab terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah hijab jenis instant yang amat mudah untuk dipakai. Hanya perlu menyarungnya tanpa perlu menggunakan pin atau mengambil masa yang lama untuk bersiap. Cara ini lebih praktikal untuk dilakukan di bulan puasa selain menghasilkan penampilan yang lebih cepat, menarik dan trendy.", "4. PADANKAN OUTWEAR", "Saat anda ingin pergi ke majlis yang lebih santai dengan dandanan yang ringkas, anda boleh memilih untuk menyarungkan outwear. Jika anda memakai inner yang sedikit ketat, padankan ia dengan outwear yang sesuai dengan tempat yang ingin dituju. Sekiranya anda ingin ke majlis berbuka puasa, pilihan terbaik ialah dengan mengenakan kardigan dan jaket labuh untuk menimbulkan kesan santai dan ringkas. Jika ingin kelihatan sedikit formal, anda boleh memakai long fest atau blazer.", "5. AKSESORI SEWAJARNYA", "Pemilihan aksesori harus disesuaikan dengan rona dan gaya yang telah dipilih. Jika anda gemar memakai subang, padankan ia dengan gelang yang berona lembut dengan jumlah yang tidak berlebihan. Subang yang dikenakan harus disesuaikan dengan busana terlebih dahulu. Jangan memilih reka bentuk subang yang terlalu besar. Cukup bersaiz sederhana dan sesuai dengan anda. Jika anda tidak suka memakai gelang, anda boleh memilih rantai sebagai pilihan. Namun harus diingatkan pilihan rantai janganlah terlalu besar hingga menenggelamkan penampilan anda.", "6. SEPATU FLAT", "Pemilihan sepatu flat amat fleksibel dan praktikal untuk digayakan ketika bulan. Tambahan pula, kasut flat ini mempunyai pelbagai rekaan menarik dan cukup mudah untuk disesuaikan dengan tema pakaian. Pemilihan sepatu seperti ala ballerina dan gaya Oxford boleh dijadikan pilihan untuk memberikan penampilan stailo dan trendy. Apapun tema gaya yang ingin anda serlahkan, pastikan sepatu flat ini paling sesuai untuk majlis yang ingin anda hadiri di bulan Ramadan. Ia boleh menjadi penunjang gaya yang super trendy buat anda yang bertubuh tinggi lampai. Anda pasti berasa lebih selesa dengan pemakaian sepatu flat ini tanpa perlu menyakitkan dan menyeksakan kaki!", "7. SOLEKAN NEUTRAL", "Penggunaan mekap juga harus dititikberatkan agar penampilan anda tidak keterlaluan. Dengan solekan yang tepat dan betul, ia akan membantu anda untuk kelihatan segar saat malakukan tugas seharian meskipun sedang berpuasa. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan penggaris mata atau eyeliner untuk mendapatkan kesan solekan mata yang lebih hidup. Seterusnya, oleskan gincu rona nude untuk seimbangkan hasil solekan anda. Elakkan memakai bedak asas yang terlalu tebal." ]
https://www.nona.my/dr-hamid-arshat-dedah-rahsia-tun-mahathir-kekal-sihat-aktif-cerdas-mental-2/
Dr Hamid Arshat Dedah Rahsia Tun Mahathir Kekal Sihat, Aktif & Cerdas Mental
[ "Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarah dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.", "Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 10 Julai lalu menandakan tahun ini genap umurnya 94 tahun. Walaupun dalam usia 94 tahun tapi Tun Dr Mahathir masih sihat, aktif dan cerdas mental.", "Ramai yang ingin tahu rahsia Tun Dr Mahathir kekal cergas. Dr Hamid Arshat telah berkongsi di laman media sosialnya tentang ini. Kongsinya, “Beliau amat bijak kawal stres. Cuba ikuti beberapa panduan di bawah agar kita pun boleh ikuti jejak Tun Dr Mahathir.", "Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stres, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (strok). Stres juga jadi punca sukar hamil dan mudah gugur. Saya ingin berkongsi cara-cara tangani stres;", "1. TAWAKAL\nSaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakal kepada Allah SWT sambil berusaha menangi stres. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT.", "2. REDHA\nApabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah SWT ke atas keimanan saya. Kita datang dari Allah SWT dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah SWT.", "3. SABAR\nApabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya.\nMungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.", "4. TAHAN MARAH\nBila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghempit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan Keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.", "5. PEMAAF\nSaya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.", "6. TIDAK DENDAM\nWalaupun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.", "7. MAKAN UBAT PENAWAR\nBila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stres. Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.", "8. SENAMAN\nSaya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang menenangkan.", "9. BERZIKIR, BERSELAWAT\nMemang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.", "10. TARIK NAFAS\nAmalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stres dan tidak selesai.", "11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA\nAmalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan jenama pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.", "Cuba amalkan panduan tersebut. Inshaallah, kita boleh kawal stres, terus awet sihat dan dengan izin Allah SWT lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Amin." ]
https://www.nona.my/putera-raja-sembunyi-identiti-masa-kenal-princess-mary-kini-tinggal-di-istana-kisah-cinta-jadi-bualan/
Putera Raja ‘Sembunyi’ Identiti Masa Kenal, Princess Mary Kini Tinggal Di Istana & Kisah Cinta Jadi Bualan!
[ "Siapa sangka, seorang atlet wanita yang aktif bersukan dan berjiwa lasak ini mampu menawan hati putera diraja Denmark. Princess Mary atau nama sebenarnya Mary Elizabeth Donaldson bukan sebarangan wanita.", "Selain meminati sukan lasak, puteri diraja Denmark ini juga dikurniakan rupa paras yang cantik, berpendidikan tinggi dan mempunyai cita rasa yang hebat dalam dunia fesyen. Pendek kata, memang pakej lengkap lah jadi puteri diraja!", "Pesona Princess Mary tidak hanya terletak pada wajah cantik semata-mata. Bahkan ibu berusia 51 tahun ini disenangi kerana sikap penyayang beliau terhadap rakyat.", "Bercerita tentang kehidupannya yang berubah seperti kisah dongeng Cinderella, jelitawan ini menjelaskan, “Saya masih teringat lagi memori manis sewaktu menyaksikan perkahwinan Lady Diana di TV pada tahun 1981. Bagaimana pun saya tak pernah sangka akan menjadi puteri diraja sama sepertinya.”", "Princess Mary dilahirkan di Tasmania, Australia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, John Donaldson ialah profesor Matematik berketurunan Scotland sementara ibunya pula, Henrietta Clark Donaldson berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah universiti.", "Kedua-dua ibu bapanya berhijrah dari Edinburgh ke Australia pada awal tahun 60an dan mendapat kerakyatan Australia pada tahun 1975.", "Disebabkan aksi lincah dan bakatnya dalam sukan, Princess Mary pernah dilantik sebagai kapten pasukan hoki dan renang di samping menyertai pelbagai lagi aktiviti lain\nketika menuntut di Taroona High School.", "Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Hobart Matriculation College dan di sana, Princess Mary masih terlibat aktif dalam sukan terutamanya bola keranjang.", "Bijak membahagikan masa di antara sukan dan akademik, jelitawan ini seterusnya berjaya memiliki segulung ijazah perdagangan dan undang-undang pada tahun 1994 dari\nUniversity of Tasmania.", "Usai menamatkan pengajian, Princess Mary berpindah ke Melbourne untuk menceburi kerjaya profesional dan terpilih bertugas di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa.", "Dari situlah Princess Mary belajar tentang perhubungan awam dan mengasah kemahiran komunikasi setiap kali bertemu klien. Jawatan terakhirnya sebelum bergelar puteri\ndiraja adalah sebagai perunding projek bagi Microsoft Business Solutions di Denmark.", "Fasa hidup Princess Mary berubah sepenuhnya sejak mengenali Prince Frederik di\nsebuah hotel di Sydney pada Oktober 2000. Pada awal pertemuan itu, jejaka tampan tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’.", "Meskipun datang dengan teman masing-masing, namun kerana chemistry yang ada di antara kedua-duanya Princess Mary dan Prince Frederik dilihat cukup selesa dan\nrancak berbual bersama-sama.", "“Pertama kali berjumpa kami sempat bersalaman. Saya tak tahu sama sekali yang beliau adalah putera diraja Denmark. Hanya selepas 30 minit berkenalan, seseorang datang kepada saya dan bertanya sama ada saya kenal siapa sebenarnya jejaka tersebut.”", "Tanggal 14 Mei 2004, Mary Elizabeth Donaldson akhirnya bergelar puteri diraja Denmark secara rasmi selepas melangsungkan perkahwinan bersama Prince Frederik dalam\nupacara penuh gilang-gemilang.", "Menariknya, veil yang dipakai Princess Mary pernah digayakan oleh Crown Princess Margret of Sweden pada tahun 1905 hasil rekaan pereka Denmark, Uffe Frank. Kini, Princess Mary dan Prince Frederik dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada sepasang kembar." ]
https://www.nona.my/wanita-wanita-pilihan-lelaki-terkaya-di-dunia-semuanya-ada-satu-ciri-setia-waktu-susah/
Wanita-Wanita Pilihan Lelaki Terkaya Di Dunia, Semuanya Ada Satu Ciri… Setia Waktu Susah!
[ "Wanita tercantik di dunia tidak semestinya pilihan lelaki terkaya di dunia. Majoriti daripada jutawan-jutawan ini sebenarnya mengahwini pasangan yang ‘sederhana’ di mata tapi bijaksana dan mampu menyempurnakan segala kekurangan mereka.", "Seorang lelaki yang jujur tidak memandang kecantikan dan seorang wanita yang ikhlas tidak memandang kemewahan.", "(1) Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan", "Nilai kekayaan: US$75.6bil", "Mereka bertemu di Harvard dan berkahwin pada 19 Mei 2012 dalam sebuah majlis kecil-kecilan. Priscilla merupakan seorang wanita hebat yang sentiasa menyokong kerjaya Mark Zuckerberg dan mempercayai segala usaha suaminya.", "(2) Warren Buffett dan Astrid Menks", "Nilai kekayaan: US$73.5bil", "Pasangan ini bertemu pada tahun 1970-an ketika Astrid bekerja sebagai seorang pelayan restoran. Walaupun usia Buffett lebih tua 16 tahun, namun wanita ini cukup matang dan mampu membahagiakan suaminya hingga ke saat ini.", "(3) Bill dan Melinda Gates", "Nilai kekayaan: US$107.1bil", "Melinda hanyalah seorang kakitangan Microsoft ketika Bill menemuinya di sebuah seminar pada tahun 1980-an. Mereka berumah tangga pada tahun 1994 dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata.", "(4) Richard dan Joan Branson", "Nilai kekayaan: US$4.4bil", "Richard menemui Joan di sebuah kedai antik, yang ketika itu masih berkahwin dengan orang lain. Namun setahun kemudian, Joan berpisah dan akhirnya berkahwin dengan Pengasas Virgin Group ini. Kini mereka mempunyai dua orang anak.", "(5) Amancio Ortega dan Flora Perez Marcote", "Nilai kekayaan: US$60.6bil", "Lelaki yang memiliki empayar fesyen Zara, Massimo Dutti, Pull & Bear, Bershka dan banyak lagi ini mengahwini setiausahanya sendiri. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2001.", "(6) Stefan dan Carolyn Persson", "Nilai kekayaan: US$15.8bil", "Pengerusi kumpulan H&M ini bukanlah seorang lelaki yang gemarkan kehidupan high society. Pasangan ini mempunyai tiga anak dan mereka jarang menonjolkan diri di majlis-majlis glamor.", "(7) Bernard Arnault dan Helene Mercier", "Nilai kekayaan: US$94.3bil", "Pemilik rumah fesyen antarabangsa LVMH – Dior, Givenchy, Maurice Lacroix, Kenzo, Guerlain, Sephora dan banyak lagi ini bertemu isterinya yang sama-sama meminati muzik. Bernard menyukai muzik klasik sementara Helene adalah pemain piano profesional. Mereka berkahwin pada tahun 1991 dan mempunyai lima orang anak – dua daripada perkahwinan pertama dan tiga hasil perkongsian hidupnya dengan Helene.", "(8) Michael Bloomberg dan Diana Taylor", "Nilai kekayaan: US$57.5bil\nMichael Bloomberg adalah seorang ahli politik, usahawan dan bekas datuk bandar New York. Selepas perceraian dengan isteri pertama, beliau mengenali Diana pada tahun 2000 dan masih kekal sebagai pasangan hingga sekarang." ]
https://www.nona.my/7-tahun-kahwin-belum-dikurniakan-anak-mizz-nina-kejar-kebahagiaan-mencari-akhirat/
7 Tahun Kahwin Belum Dikurniakan Anak, MIZZ NINA Kejar Kebahagiaan Mencari Akhirat
[ "Allah sebaik-baik perancang. Itu yang Nona dapat dirumuskan apabila seringkali mendengar rintihan dan luahan pasangan suami isteri yang kecewa kerana masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Bukan tidak ada sebarang usaha yang dilakukan untuk mendapatkan anak, ke sana ke sini mencari ikhtiar dan mendapatkan rawatan.", "Itu lah yang dilalui oleh Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, 38 yang masih belum dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,33 sejak 7 tahun lalu. Mizz Nina percaya bahawa tidak semestinya tidak dikurniakan zuriat, seseorang itu tidak boleh menikmati kebahagiaan. Tambahan pula, Nina dikurniakan dengan suami yang sangat romantik, penyayang dan menerima dirinya seadanya.", "Walau bagaimanapun, Mizz Nina dan Noh tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata sehingga pernah melakukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) dan sebelum itu mereka juga pernah cuba menjalani kaedah Intra Uterine Insemination (IUI) sejak beberapa tahun lalu. Pengalaman melalui dua kaedah rawatan ini diceritakan sendiri oleh Nina dalam satu video khas yang dimuat naik di laman youtube miliknya sekitar Mac lalu.", "Masa berdua digunakan sepenuhnya oleh pasangan romantis ini dengan bergiat aktif dalam misi kemanusiaan. Sebelum ini mereka pernah menjejakkan kaki ke bumi Palastin dan terbaharu Nina bersama Noh akan berangkat ke Turki pada 26 Ogos dalam misi kemanusian tersebut sempena Aidiladha. Masa belum ada anak ini lah Nina boleh meluangkan masa bersama suami dan masih boleh berada dalam mood honeymoon lagi.", "Ternyata kemesraan yang dipancarkan oleh sweet couple ini menjadi inspirasi untuk pasangan suami isteri lain untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing walau apapun kekurangannya. Lebih-lebih lagi tentang penghijrahan luar biasa Nina dan apabila mereka bersama-sama berubah menjadi muslim yang lebih baik. Kalau tengok Mizz Nina yang dulu dan Mizz Nina sekarang memang jauh berbeza sekali. Jelas, apa  yang dikejar dalam kehidupannya sekarang hanyalah kebahagiaan mencari akhirat.", "Kisah percintaan mereka juga pernah menjadi viral sebelum ini apabila Noh pernah berkongsi pengalaman yang pada ketika itu hanya mempunyai RM8,000 genap di dalam akaunnya untuk meminang isterinya itu walaupun Nina berasal daripada keluarga yang hebat dan kaya. Terbukti di sini cinta tidak mengenal harta dan darjat serta buatlah semua perkara dengan niat yang baik dan InsyaAllah akan bantu.", "Puncuk pangkalnya, kita harus sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dan sentiasa berfikiran positif. Tak apalah Mizz Nina, InsyaAllah akan ada suatu hari nanti impian kamu untuk menjadi seorang ibu akan tercapai. Nona doakan yang baik-baik saja untuk Mizz Nina dan Noh." ]
https://www.nona.my/ramai-tahu-tentang-hermes-birkin-sekarang-8-gaya-yang-patut-tahu-2/
Ramai Tahu Tentang HERMES & BIRKIN Sekarang, 8 Gaya Yang Patut Tahu
[ "Beg tangan adalah aksesori yang paling utama buat wanita. Beg tangan menjadi kegemaran setiap wanita dan ada yang sanggup menukarnya setiap hari mengikut rona baju. Menukar beg tangan adalah cara yang paling mudah untuk menukar gaya atau penampilan.", "Walau memakai baju yang sama tetapi apabila digandingkan dengan beg tangan berlainan gaya dengan sekelip mata sahaja membuat penampilan berbeza. Jom kenali gaya beg tangan yang popular!", "Beg tangan ini merujuk kepada semua beg yang digalas di atas bahu. Beg tangan jenis ini boleh jadi mempunyai satu tali atau dua tali.", "Do & Don’t", "Sesuai untuk majlis koktel kerana beg tangan jenis ini memberi kebebasan tangan untuk bergerak. Tidak sesuai untuk majlis formal kerana kehadiran tali beg tangan mencacatkan penampilan.", "2. Satchel", "Beg tangan jenis ini biasanya beg kulit dan mempunyai bahagian bawah yang rata. Beg tangan jenis ini juga berpotongan empat segi dan mempunyai dua tali.", "3. Clutch", "Beg tangan jenis ini mempunyai saiz yang kecil dan sederhana besar. Kebanyakan beg ini tidak mempunyai tali dan hanya genggaman tangan.", "Tip Nona", "Gaya yang ringkas buat clutch lebih versatil dan sesuai digayakan untuk majlis rasmi.", "4. Tote", "Beg tangan jenis ini mempunyai tali yang pendek dan biasanya terbuka tanpa zip. Potongan yang besar muat untuk diisi kertas kerja, komputer riba dan aksesori yang besar.", "5. Hobo", "Beg tangan ini adalah gaya bohemian yang mempunyai tali yang sesuai digalas di atas bahu.", "6. Evening", "Biasanya beg tangan jenis ini mempunyai perincian manik atau batu yang mewah. Boleh jadi dalam bentuk clutch atau beg kecil. Boleh jadi juga hadir dengan bertali, rantai panjang atau wristlet.", "Tip Nona", "Cara yang sesuai untuk menyimpan beg tangan adalah memasukkan beg tangan ke dalam beg kanvas dan disimpan dalam almari yang bersesuaian.", "7. Messenger", "Beg jenis ini hadir dalam bentuk empat segi sama ada kecil atau besar. Biasanya mempunyai tali boleh diubah-suai dan boleh disilangkan di dada.", "8. Structured – Ladylike", "Material beg tangan ini biasanya daripada kulit dengan potongan yang kelihatan teguh. Tali yang panjang untuk digalas di atas bahu dan tali yang pendek untuk digenggam tangan.", "Info", "Sebelum membeli beg tangan pastikan terlebih dahulu menguji zip. Jika terdapat kerosakan tukar kepada yang lain." ]
https://www.nona.my/amboi-fasihnya-aida-citra-cakap-arab-sedap-je-dengar-siap-bagi-tip-sihat-raya-lagi/
Amboi, Fasihnya AIDA CITRA Cakap Arab! Sedap Je Dengar, Siap Bagi Tip Sihat Raya Lagi
[ "Wah, tak sangka isteri kepada bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail ni cukup fasih berbahasa Al-Quran. Dah macam tengok channel TV negara Arab pula. Walaupun ia bukan perkara asing tapi tiap kali dengar orang Malaysia kita bertutur dalam Bahasa Arab.. terus rasa kagum. Bukan senang hendak menguasai bahasa indah ini.", "Apa yang pasti, video yang dimuat naik Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali ini di laman Instagram berjaya menarik perhatian. Dengan jumlah tontonan lebih 20 ribu, ramai di kalangan pengikutnya memuji dan mengagumi kelancaran Aida bercakap dalam bahasa tersebut.", "Kongsinya, “Kenal my syurga Saiful Nizam pun dari bab cakap Arab la. Jom sikit-sikit kita belajar Bahasa Al-Quran. Today Aida kongsikan sikit tip penjagaan kesihatan di bulan lebaran! Next korang nak Aida cakap ‘Arab’ untuk video tutorial Tudung or Makan sushi? Rindunya zaman Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dulu nak-nak time kem Mukhayyam Arabbiy. Siapa silap cakap Melayu kena bayar 20 sen 1 perkataan. How time flies.”", "Seronokkan dengar? Terus rasa hendak belajar bahasa Arab sekarang juga!", "Aida merupakan juara bagi program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 sekitar tahun 2009 sebelum terbabit dalam bidang penyiaran dan bergelar pengacara untuk rancangan Apa Ke Halnya, Madinah Ya Rasulullah, Akademi Al- Quran, Adam Hawa dan banyak lagi.", "Memandangkan sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak, Aida kini aktif menceburi perniagaan dengan menguruskan butik muslimah Citraida dan mengusahakan kafe makanan Jepun, Succi Sushi.", "Sumber: Instagram Aida Citra Aida" ]
https://www.nona.my/cantik-berbusana-serba-putih-ini-pencapaian-luar-biasa-datuk-syafinaz-selamat/
Cantik Berbusana Serba Putih, Ini Pencapaian Luar Biasa DATUK SYAFINAZ SELAMAT
[ "Tampil anggun dengan busana serba putih rekaan pereka fesyen ternama tanah air Rizman Ruzaini membuatkan guru vokal yang juga penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat kelihatan umpama bidadari.", "Di usia 45 tahun, Datuk Syafinaz masih tampak fresh and clean! Lagipun, busana yang disarungkan oleh beliau pada malam Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 itu memang sesuai untuk digayakan pada malam Nona Superwoman Award 2018 yang bakal berlangsung Disember nanti yang bertemakan glamorous black and white!", "Kalau diputar kembali masa dari awal pembabitan wanita kelahiran Pontian, Johor ini dalam industri seni sejak berumur seawal 7 tahun, telah banyak kejayaan dan pengiktirafan yang berjaya dirangkulnya.", "Bahkan, pengetahuan serta pengalaman Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga telah menjadikan beliau antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.", "Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprano ini juga merupakan konduktor dan vocal master untuk Koir Permata Seni. Selain itu, Datuk Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian popular seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.\n\nBukan itu sahaja, Datuk Syafinaz yang popular menerusi lagu Ingin Bersamamu ini juga adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.", "Nona tumpang berbangga dengan pencapaian yang berjaya dikecapinya. Kejayaan beliau ini juga wajar dijadikan inspirasi kepada semua wanita untuk terus berusaha mencapai cita-cita.", "Sumber: Instagram Datuk Syafinaz Selamat" ]
https://www.nona.my/hobi-tanam-bunga-ros-diterjemah-ke-rekaan-skarf-roos-scarves-cetus-fenomena-trend-hijab-baharu/
Hobi Tanam Bunga Ros Diterjemah Ke Rekaan Skarf, ROOS SCARVES Cetus Fenomena Trend Hijab Baharu
[ "Nampaknya industri   hijab di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama hijab yang menjadi pilihan hijabi masakini. Walapun masih baharu dalam industri hijab di Malaysia, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.", "Keunikan jenama Roos Scarves terletak pada namanya yang mempunyai kisah menarik bagaimana jenama ini tercetus. Menurut Pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021. Ketika itu,  isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.", "“Dalam tempoh lebih setahun  mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” ujar Safiudin ketika ditemui di majlis eksklusif Roos Scarves baru-baru ini.", "Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media serta pelanggan setia mereka. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gilang-gemilang.", "”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.", "Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.", "Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.", "Pada majlis pelancaran juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini. Setiap satunya dijual pada harga antara RM93 – RM105.", "Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.", "Tambah Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi." ]
https://www.nona.my/hidup-di-kediaman-mewah-bernilai-rm54-2-juta-isteri-mesut-ozil-bangga-suaminya-rajin-sedekah/
Hidup Di Kediaman Mewah Bernilai RM54.2 JUTA, Isteri MESUT OZIL Bangga Suaminya Rajin SEDEKAH
[ "Menjadi isteri kepada bintang bola sepak ternama dunia mungkin sesuatu yang tidak diduga oleh wanita cantik ini. Namun, kalau sudah jodoh, tak akan ke mana. Tuah berpihak kepada bekas Ratu Cantik Turki yang bernama Anime Gulse ini apabila berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil.", "Perkahwinan eksklusif pasangan sama cantik sama padan ini mendapat perhatian dunia dan mencipta sejarah apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menghadiri majlis gilang gemilang itu bersama isterinya. Kini pasangan ini hidup bahagia lebih-lebih lagi setelah menimang cahaya mata pertama pada bulan Februari lalu.", "Sememangnya bergelar isteri kepada Mesut Ozil ibarat ‘rezeki’ yang tak disangka-sangka apabila hidup dilimpahi dengan kemewahan. Hidup bintang bola sepak ini cukup mewah dengan anggaran pendapatan RM1.89 juta seminggu. Dikhabarkan pemain bola sepak berusia 31 tahun ini juga mempunyai kediaman mewah bernilai RM54.2 juta di Utara London.", "Selain itu, Mesut Ozil menggemari kereta mewah jenama Mercedez Benz dan mempunyai deretan kereta mewah jenama tersebut yang dianggarkan bernilai RM4.3 juta. Di sebalik kemewahan yang dimiliki oleh suaminya, Anime Gulse sudah tentu bangga apabila bintang bola sepak itu ‘ringan tulang’ berkongsi rezeki. Mungkin sikap pemurah Mesut Ozil ini membuatkan rezekinya melimpah-ruah.", "Sekitar tahun lepas sahaja bintang bola sepak itu telah membiayai sebanyak 1,000 pembedahan untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga berbesar hati memberi bantuan berbentuk bekalan makanan kepada 100,000 pelarian di 16 kem pelarian di Turki dan Syria.", "Sifat pemurah Mesut Ozil ini nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak antarabangsa sehinggakan ada yang melabelkan Mesut Ozil sebagai HERO kanak-kanak!" ]
https://www.nona.my/wanita-berisiko-2-kali-ganda-diserang-kemurungan-5-gejala-ini-tanda-anda-tergolong-dalam-masalah-tersebut/
Wanita Berisiko 2 KALI GANDA Diserang KEMURUNGAN! 5 Gejala Ini Tanda Anda Tergolong Dalam Masalah Tersebut
[ "Ramai yang beranggapan stres yang dialami adalah sesuatu yang lumrah. Namun jika dibiarkan ia boleh bertukar menjadi masalah kemurungan. Kajian menyatakan wanita berisiko dua kali ganda berbanding lelaki untuk diserang kemurungan. Tahukah anda, ramai sebenarnya yang mengalami kemurungan namun tidak mengetahuinya. Maka pentingnya peka terhadap gejala-gejala berikut yang boleh mengakibatkan kemurungan.", "MUDAH ATAU SUKAR UNTUK MENANGIS", "Menangis adalah cara seseorang mengungkapkan kesedihan. Menurut kajian, seseorang yang mudah menangis tanpa sebab yang jelas menunjukkan adanya masalah kemurungan. Ada juga yang sukar menunjukkan kemurungannya dengan tangisan walaupun sedang merasai kesedihan.", "MUDAH MARAH", "Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang mudah melenting? Menurut kajian perasaan mudah marah adalah salah satu tanda-tanda kemurungan. Masalah kemurungan mempengaruhi minda seseorang dan boleh mendorong ke arah negatif dalam berbagai situasi serta hubungan.", "SUKAR TIDUR", "Masalah sukar tidur juga dipercayai antara salah satu daripada masalah kemurungan. Seseorang yang sedang berjuang melawan kemurungan cenderung untuk mengalami mimpi-mimpi buruk dan tidak dapat beristirahat sepenuhnya. Rutin tidur juga tidak menentu.", "MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI", "Seseorang yang mengalami kemurungan juga cenderung untuk mencederakan dirinya sendiri. Jika dibiarkan ianya boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk seperti bunuh diri. Mereka yang mencederakan diri sendiri adalah perilaku yang disengajakan untuk menghilangkan tekanan emosi.", "MENJAUHKAN DIRI DARI PERGAULAN", "Seseorang yang mengalami kemurungan seringkali mengelakkan dirinya daripada bersosial serta lebih suka menyendiri berbanding untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jika sebelum ini seseorang itu gemar bersosial contohnya rajin menghadiri sebarang majlis, berlibur dan sebagainya namun tiba-tiba merasa ia membosankan. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Kenal pasti dengan segera agar tidak terlambat." ]
https://www.nona.my/rr-beli-dan-menang-tawar-hadiah-proton-x50-dengan-sentuhan-khas-rizman-ruzaini-buat-pelanggan-bertuah/
RIZMAN RUZAINI Tawar Hadiah Kereta Dengan Sentuhan Khas Buat Pelanggan Bertuah
[ "Lebih RM300,000 diperuntukkan jenama fesyen lokal terkenal, Rizman Ruzaini untuk kempen RR Beli dan Menang yang berlangsung dari 18 Mac sehingga 18 Mei 2023 bersempena perlancaran Koleksi RR Raya 2023. Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, mereka sememangnya mahu pelanggan setia RR yang digelar RR Royalties menikmati suasana Aidilfitri yang mengujakan bersama mereka.", "“Bukan sekadar mahu RR Royalties beraya dengan rekaan Rizman Ruzaini, malah kami juga mahu meraikan mereka di Hari Raya ini dengan penghargaan berupa hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan RR Royalties sehingga membolehkan jenama ini bertahan selama lebih 17 tahun dalam industri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.", "Tambahnya lagi, jenama Rizman Ruzaini sangat sinonim dengan baju raya. Inilah antara faktor utama mengapa mereka memilih bulan Syawal untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik ini. “Bukan soal harga hadiah tapi ia tentang nilai menghargai dan berkongsi yang menjadi identiti syarikat kami sendiri,” kata Rizman.", "Antara hadiah yang pastinya menjadi rebutan semua ialah sebuah kereta Proton X50 yang ditawarkan sebagai Hadiah Utama. Menariknya, kereta ini akan mendapat pengubahsuaian (custome made) hasil sentuhan Rizman Ruzaini sendiri. Pemenang akan menjadi satu-satunya individu di dunia yang memiliki kereta sentuhan Rizman Ruzaini secara eksklusif.", "Selain Proton X50, kempen ini juga menawarkan hadiah-hadiah hebat lainnya seperti Vespa yang juga akan mendapat pengubahsuaian khas daripada Rizman Ruzaini untuk Hadiah Kedua, iPad Pro untuk Hadiah Ketiga, iPhone 14 untuk Hadiah Keempat, Apple Watch untuk Hadiah Kelima dan lima hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM1000 untuk pembelian barangan RR.", "Para pemenang akan diumum secara rasminya pada 20 Mei bersamaan 30 Syawal yakni hari terakhir sambutan Aidilfitri. Sesi penyerahan hadiah akan dibuat pada majlis Rumah Terbuka RR.", "Bagaimana cara untuk menyertai Kempen RR Beli dan Menang?", "Teruja untuk menyertai kempen ini? Caranya mudah sahaja. RR Royalties hanya perlu membuat pembelian koleksi RR Raya 2023 sebanyak minimum RM500 dalam satu resit. Pembelian boleh dibuat di semua platform Rizman Ruzaini. Simpan resit sebagai bukti pembelian.", "Kemudian, gayakan koleksi yang dibeli itu dan muatnaik gambar/video/reels anda di platform Instagram anda bersama sambungan kapsyen, ”Saya memilih untuk Raikan Raya saya Bersama Rizman Ruzaini kerana……” bersama hashtag #RRBELIDANMENANG dan #RRRAYA2023.", "Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar/video/reels yang kreatif dan sambungan kapsyen yang menarik. Rizman Ruzaini mengalu-alukan seberapa banyak penyertaan anda dan dengan ucapan semoga berjaya!" ]
https://www.nona.my/kenal-hanya-6-bulan-bella-dally-buka-pintu-hati-untuk-arif-izuddin/
Kenal Hanya 6 Bulan, BELLA DALLY Buka Pintu Hati Untuk ARIF IZUDDIN!
[ "Menyimpan kemas rahsia berputiknya cinta baru di hatinya selama ini, selebriti cantik manis berasal dari Sabah ini akhirnya mendedahkan detik perkenalan di antara dia dan suami tercinta, Arif Izuddin. Mengikat tali pertunangan pada Januari lalu, kesungguhan Arif yang mahu memperisterikan Bella membuatkan Duta Ariani ini terdetik untuk membuka pintu hatinya semula meskipun hanya berpeluang mengenali hati budi jejaka dari Klang, Selangor itu enam bulan lalu.", "Diraikan dalam majlis resepsi indah yang berlangsung di BoraOmbak Marina Putrajaya malam tadi… rahsia percintaan Bella dan Arif didedahkan kepada tetamu yang hadir oleh pengacara majlis.", "Katanya, “Mereka dipertemukan dalam tempoh yang singkat. Kenal pada September tahun lalu dan kemudian mengikat pertunangan pada Januari tahun ini dan Bella sah bergelar isteri kepada Arif pada pagi 31 Mac 2019.", "Sebenarnya, Arif adalah follower setia Bella Dally di Instagram. Dia mengikuti segala perkembangan Bella di media sosial dan berjaya mendapatkan nombor telefon Bella dari seorang rakan. Hanya selepas dua ke tiga kali berhubung menerusi whatsapp, Arif nekad turun ke Kota Kinabalu semata-mata untuk bertemu Bella.”", "Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Tanpa terlalu memikirkan apa yang bakal menanti dan berpegang kuat kepada niat ikhlas untuk mendirikan rumah tangga kerana Allah Taala… perjalanan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.", "Mengimbas kembali momen awal perkenalan, Bella menyifatkan suami tercintanya itu seorang yang lucu. Enggan bercinta lama, Bella meminta Arif untuk segera bertemu keluarganya jika benar-benar mahu memperisterikan beliau. Atas izin Allah, impian bergelar suami isteri dimakbulkan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.", "Arif yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan juga ahli perniagaan… menghadiahkan mas kahwin RM1,000 dan sebentuk cincin Bvlgari buat suri hatinya Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali Bella Dally.", "Majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam, pengantin perempuan tampil menawan dalam persalinan unik Mimpi Kita yang menggabungkan seluar panjang dan gaun kembang putih. Tidak kurang juga Arif, yang segak mengenakan tuxedo Bon Zainal berwarna maroon. Diiring masuk dengan instrumen muzik romantis, baik Bella mahupun Arif kedua-dua mempelai kelihatan bahagia di atas pelaminan.", "Antara rakan artis yang meraikan majlis bersejarah Arif dan Bella termasuklah Che Puan Syamim Farid, Amyra Rosli dan suami, Amar Bahrin, Siti Elizad, Mira Filzah, Betty Rahmad dan ramai lagi.", "Harapan Nona agar perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat comel sebagai penyeri rumah tangga kelak. Tahniah dan selamat pengantin baru!" ]
https://www.nona.my/diuji-dengan-kanser-mulut-puan-sri-dato-azrene-abdullah-giat-membantu-pesakit-kanser/
Diuji Dengan Kanser Mulut PUAN SRI DATO’ AZRENE ABDULLAH Giat Membantu Pesakit Kanser
[ "Bukan melakukan kerja amal untuk dihargai malah jauh sekali untuk dipuji sebaliknya Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah turut diuji dengan kerakusan kanser yang menyerangnya 13 tahun lalu. Namun dugaan hidup yang ditempuhnya telah mendorong untuk memberi lebih kepada komuniti terutama pesakit kanser.", "Wanita anggun yang memiliki semangat luar biasa ini bukan sahaja lambang wanita inspirasi bahkan seorang isteri, ibu dan anak yang serba membahagiakan. “Saya merupakan kanser survivor, sebab itu apabila saya melakukan kerja amal melalui Breast Cancer Foundation ia menjadi lebih bermakna dan saya faham serta kenal sangat masalah dan cabaran yang mereka hadapi.", "Bercakap sahaja nampak mudah tetapi sukar untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai pesakit, ibu, isteri, anak dan macam-macam peranan menjadi tanggungjawab pesakit kanser. Memang besar cabaran untuk menyeimbangkan kehidupan dan saya bersyukur kerana dengan ‘kurniaan’ ini saya benar-benar dapat mendalami hati dan perasaan pesakit kanser,” tutur Puan Sri Dato’ Azrene lembut memulakan bicara.", "Jelas terpancar riak bahagia apabila bercerita tentang perjuangannya membantu pesakit kanser dapat menerima hakikat kehidupan dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala. “Dahulu ketika di awal penglibatan saya, tidak ada sesiapa berani bercakap tentang kanser payudara kerana semua takut untuk bercakap. Sebagai seorang wanita, payudara merupakan simbol yang perlu dipelihara. Bila sudah tidak ada di tempatnya umpama bukan seorang wanita sejati.", "Bukan mudah untuk menerima hakikat itu dan perasaan seumpamanya sukar untuk diceritakan kepada umum. Bagi saya Breast Cancer Foundation telah melakukan tugas mereka dengan sempurna untuk mewujudkan kesedaran terhadap wanita tentang bahaya kanser payudara ini. Kini wanita sudah tidak malu untuk bercerita tentang kanser lagi.", "13 tahun dahulu hampir 80 peratus pesakit yang datang ke hospital telah didiagnosis kanser tahap tiga atau empat. Tetapi kini bilangan itu sudah semakin berkurangan sehingga 40 peratus. Pada saya ia merupakan suatu anugerah yang tidak terhingga apabila ramai wanita yang sudah sedar dan melakukan pemeriksaan awal. Jadi kanser payudara ini boleh dikesan di peringkat awal dan boleh dirawat dengan lebih cepat. I am so proud of the achievement,” jelas Puan Sri Dato’ Azrene dengan penuh semangat.", "Apabila diminta untuk mengulas tentang ramai wanita lain yang menjadikan Puan Sri Dato’ Azrene sebagai inspirasi kehidupan mereka, balasnya dengan nada tenang, “Kerana saya merupakan seorang survivor, secara tidak langsung komuniti kanser payudara ini begitu rapat dengan saya. Apa sahaja yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memperkasa dan menyuntik inspirasi kepada wanita agar bahagia dalam kehidupan walaupun setelah didiagnosis sebagai pesakit kanser. Itu adalah objektif saya.", "Apa yang saya lakukan ini umpama telah ditetapkan oleh Sang Pencipta dan meletakkan saya di dunia ini untuk melakukan kerja amal ini. I am happy to do it. Apabila melihat transformasi yang positif telah menguatkan semangat untuk terus berusaha memperkasakan pesakit kanser ini. Apabila saya ketahui ramai wanita yang menganggap saya sebagai sumber inspirasi mereka ini menggalakkan saya untuk beri yang lebih dalam kerja amal begini. I will do this until I die, insyaallah,” terang isteri kepada Datuk Kamaluddin yang merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini.", "Foto: Instagram @breastcancerfoundationmalaysia" ]
https://www.nona.my/raih-keberkatan-ramadan-ds-siti-nurhaliza-selamat-melahirkan-anak-lelaki-lengkap-sudah-hidupnya/
Raih Keberkatan Ramadan, DS Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Lengkap Sudah Hidupnya
[ "Genap seminggu umat Islam berpuasa, penyanyi bersuara emas kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melahirkan anak keduanya. Berita ini telah disampaikan oleh pihak pengurusan DS Siti Nurhaliza sendiri, Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.", "Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan tepat jam pukul 6.21 pagi, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H.", "Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar. Agak-agaknya apa nama pilihan adik lelaki Siti Aafiyah ni.", "Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.", "Permata Hati Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baharu saja menyambut ulangtahun ke-42, 11 Januari yang lalu. Ketika mengikut rombongan DS Siti Nurhaliza ke Genting Highland dua tahun lalu menerusi Kempen SIMPLYSITI Di Hati, memang penyanyi lagu Cindai ini pernah berkongsi mahu mendapatkan anak kedua.", "“Memang benar, saya tengah usaha, hanya Allah SWT yang akan menentukannya. Anda semua doakanlah, supaya tahun ini saya boleh dapat seorang lagi anak,” kata wanita kelahiran Kuala Lipis ini. Syukur kerana Allah SWT telah mengkabulkan doa penyanyi nombor 1 Malaysia ini." ]
https://www.nona.my/dua-tahun-tak-pulang-indonesia-tya-ariffin-rindu-keluarga-tapi-reda-demi-kebaikan-bersama/
Dua Tahun Tak Pulang Indonesia, TYA ARIFFIN Rindu Keluarga Tapi Reda Demi Kebaikan Bersama
[ "Sebagaimana orang lain tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat pandemik COVID-19 ini begitu juga dengan wanita cantik kelahiran Palembang, Indonesia ini. Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin sudah dua tahun tidak berjumpa keluarga tersayang di Negara Seberang namun akur dengan ketentuan itu.", "“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.", "Dalam pada itu, isteri kepada Asyraf Khalid ini telah mencungkil bakat baharu yang ada dalam dirinya. Tya memberanikan diri menjadi pengacara pula mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.", "Selain menjadi pelakon, penyanyi dan usahawan perniagaan jus kesihatan, Mutyara, wanita ini gembira dengan perkembangan terbaharunya ini. “Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.", "“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak-jinak jadi pengacara,” kata ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini.", "“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.", "“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada.", "Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan,” kata Tya yang pernah menjemput Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad di dalam programnya.", "Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan." ]
https://www.nona.my/terima-kasih-ya-rabb-masih-pinjamkan-dia-buat-kami-aeril-sembuh-covid-19-kali-ke-2-wawa-luah-kesyukuran/
“Terima Kasih Ya Rabb Masih Pinjamkan Dia Buat Kami” Aeril Sembuh COVID-19 Kali Ke-2, WAWA Luah Kesyukuran
[ "Allah SWT menguji seseorang kerana Dia sayang. Namun Dia tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Beberapa hari lalu, pelakon dan usahawan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin memaklumkan suaminya, Aeril Zafrel kembali sembuh daripada COVID-19 untuk kali kedua. Aeril menjalani kurantin kendiri pada 4 Ogos yang lalu.", "Manakala Wawa dan tiga anak mereka bebas daripada jangkitan COVID-19 (negative).", "Menerusi hantarannya di Instagram, pelakon filem Sabda Kekasih ini memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih meminjamkan insan tercintanya itu buat dia dan anak-anak.", "“Alhamdulillah Aeril dah pun habis kuarantin. 2 kali positif COVID this year. Terima kasih Ya Rabb Kau masih pinjamkan dia buat kami. ", "Pinjamkanlah kesayangan ku ini Ya Rabb hingga ke hari-hari tua kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”", "Selain itu, Wawa turut menitipkan kata-kata buat para pengikutnya agar menghargai pasangan selagi masih ada serta cipta memori indah bersama.", "“Hargailah pasangan selagi masih ada. Ciptalah memori indah bersamanya.”", "“Thank you, Allah… semoga kita semua dipelihara dan dilindungi dari COVID yang semakin mengganas” Pesanannya itu turut mengundang rasa sebak para pengikutnya di Instagram.", "Terdahulu, Aeril dijangkiti COVID-19 kali pertama pada Januari 2021 serta telah menjalani kuarantin kendiri di rumah.", "Tamat sahaja kuarantin, Wawa bersama tiga anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin (7), Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (5), dan Ayya Soffiya (1 than 8 bulan) membuat kejutan buat Aeril. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Wawa bersama anak-anaknya memegang sebiji kek sambil menunggu Aeril turun dari tangga.", "Terserlah kegembiraan anak-anak Wawa dan Aeril yang menyarungkan kostum comel dinosaur ketika meraikan detik bermakna itu. Momen tersebut mengundang rasa sebak di kalangan pengikut-pengikut mereka di Instagram lalu meluahkan rasa syukur dan terharu buat mereka sekeluarga.", "Terserlah kasih sayang antara pasangan bahagia ini apabila Aeril mengucup dahi Wawa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, serta anak-anaknya.", "Wawa meluahkan rasa syukur apabila suaminya kini bebas daripada jangkitan virus berbahaya itu.", "Perkembangan terkini, Wawa dan Aeril selesai menerima suntikan vaksin dos kedua, alhamdulillah. Semoga keluarga ini dan kita semua dilindungi daripada wabak COVID-19 seterusnya kembali dapat menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.", "Kredit foto: Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel" ]
https://www.nona.my/sajian-istimewa-dengan-sentuhan-imaginasi-membangkitkan-semangat-musim-perayaan-kembalikan-memori-zaman-kanak-kanak/
Sajian Istimewa Dengan Sentuhan Imaginasi Membangkitkan Semangat Musim Perayaan. Kembalikan Memori Zaman Kanak-Kanak!
[ "Terliur melihat deretan kek dan pastri yang terdapat di The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) apatah lagi dalam suasana menyambut perayaan Krismas kali ini. Walaupun suasana musim perayaan dalam keadaan negara masih berhadapan Covid19, kemeriahannya tetap terasa. Ingin mencari sedikit keseronokan pada musim cuti ini?", "The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) adalah apa yang anda perlukan, lawatan singkat ke dunia fantasi Alice in Wonderland dengan sajian yang memberi inspirasi! Cantik dilihat, enak dimakan, jadi ambillah peluang ini untuk menghilangkan rasa kebosanan dengan meraikan keajaiban dan keindahan imaginasi yang aktif.", "“Musim percutian selalunya memerlukan sesuatu yang istimewa, dan lebih-lebih lagi pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, rasanya seperti kita perlu menghilangkan diri seketika dari dunia nyata. Untuk meraikan musim ini, The Coffee Bean & Tea Leaf sangat gembira untuk berkongsi menu perayaan kami, dengan segala jenis sajian yang boleh memenuhi pelbagai saiz jamuan,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.", "Jolly Breadman & Once Upon A Door [cookies]Raikan perayaan kali inimengikut cara tersendiri dengan Winter Wonderland sebagai hiasan utama bagi sebarang perjumpaan, dengan perincian biskut halia buatan tangan yang rumit dan kehalusan hiasan aising, megah berdiri di atas tapak fudge coklat yang lazat. Bagi melengkapkan hiasan, bolehlah memilih di antara Hatter’s Winter Log dengan mousse dan ganache coklat yang enak, Cheshire’s Cherry Bundt , yang berinti ceri, lemon dan krim mentega, atau Stollen of Hearts dengan kemewahan campuran coklat gelap Swiss, badam dan kacang hazel!", "Berkesempatan berkunjung keThe Coffee Bean & Tea Leaf baru-baru ini, penulis amat menggemari manisan dikenali sebagai The Red Queen. Mana tidaknya, pastri enak ini berinti karamel, kopi dan mousse coklat yang tersembunyi di bawah kerak merah coklat badam yang mewah rasanya. Untuk lebih pilihan, tidak perlu gusar untuk membuat pilihan dengan adanya kek Minted Ever After, campuran coklat gelap dan pudina yang dihiasi krim, kismis merah dan dan rosemary segar, atau Velveteen’s Wish atau kek red velvet berhias cebisan biskut rangup dan mousse keju.", "Apabila berdad di hadapan kaunter kek, pasti rambang mata hendak memilih kek untuk dinikmati bersama keluarga. Jika terlalu sukar untuk memilih semua sajian enak yang ditawarkan ini,, pek Alice’s Tea Party boleh dijadikan pilihan. Seleksi sajian bersaiz kecil terdiri daripada Hatter’s Winter Log, Jolly Breadman, Tweedle Tart dan Minted Ever After. Anda juga boleh menambah di antara Jolly Breadman atau biskut mentega Once Upon A Door pasti memenuhi citarasa anda.", "Bagi melengkapkan kesemuanya, cubalah minuman Chocolate Cookie, kombinasi espresso premium dengan biskut coklat enak untuk minuman percutian yang menggoda selera! Bolehlah memilih di antara minuman Chocolate Cookie Ice Blended , minuman Pure Chocolate Cookie Ice Blended atau Chocolate Cookie Latte panas/ais.", "Selain itu, inilah masanya untuk menikmati minuman popular Double Chocolate Peppermint, yang ditampilkan sebagai minuman Double Chocolate Peppermint Ice Blended, Pure Double Chocolate Peppermint Ice Blended, Double Chocolate Peppermint Latte dan Peppermint Nitro Latte ( di restoran terpilih). Paling menarik, kanak-kanak juga boleh menikmati minuman versi tanpa kopi iaitu Double Chocolate Cocoa manakala pencinta teh boleh menghayati keasyikan Peppermint Tea panas.", "Dengan begitu banyak pilihan, ambillah peluang ini untuk menikmati hidangan enak bersama minuman percutian anda, dan cubalah Black Pepper Chicken Sandwich (RM19.80) yang baharu!", "Item baharu bagi meraikan musim percutian yang sibuk atau dalam suasana selesa di rumah anda termasuklah Holiday Blend, Peppermint Tea dengan adunan teh hijau, French Deluxe Vanilla Powder Edisi Terhad 8oz, Peppermint Chocolate Powder dan Hazelnut Powder (RM40/tin). Bahkan Hydro Flask Series dan Frost Tumbler Series turut ditawarkan dalam rekaan baharu yang cantik.", "Sejajar dengan musim pemberian hadiah, Tag Hadiah CB&TL yang popular kembali lagi dengan rekaan baharu, di mana keuntungan jualan akan disalurkan ke inisiatif Caring Cup. Tahun ini, penerimanya ialah Assunta Integrated Social Services iaitu program kelolaan Hospital ASSUNTA, untuk membantu mengutip dana bagi menambah baik peralatan dan bekalan barang asas klinik bergerak mereka yang baharu. Dengan sokongan tambahan ini, mereka akan terus memberikan bantuan perubatan dan penjagaan kesihatan bagi kumpulan terpinggir." ]
https://www.nona.my/pernah-dikecam-suara-chipmunk-nabila-razali-bangkit-menggegarkan-industri-muzik/
Pernah Dikecam ‘Suara Chipmunk’, NABILA RAZALI Bangkit Menggegarkan Industri Muzik!
[ "Seronok melihat perkembangan terkini gadis kelahiran Selangor berusia 25 tahun ini. Nur Nabila Mohd Razali atau nama seninya, Nabila Razali kini semakin selesa membawa diri dalam industri seni tanah air. Namun di sebalik kejayaan pasti terselit detik-detik sukar. Bukan mudah untuk membina karier seni lebih-lebih lagi di zaman sosial media.", "Netizen hanya bersenjatakan papan kekunci untuk menghentam sesiapa saja. Kadangkala kecaman itu melebihi pujian. Walaupun pernah dikritik hebat kerana memiliki vokal yang unik sehingga pernah digelar sebagai peserta bersuara ‘chipmunk’ ketika menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ke-10 tetapi Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ini sentiasa positif.", "Nabila menjadikan kecaman sebagai titik mula kepada kebangkitannya sehingga berjaya meraih populariti yang tak terduga gara-gara lagu ‘Pematah Hati’.", "PERKEMBANGAN", "“Saya mendapat kekuatan daripada peminat yang tanpa henti menykong karier saya dari dahulu sampailah sekarang. Sokongan peminat mencetuskan semangat luar biasa dalam diri saya untuk terus bertahan dalam industri.", "Kecaman dan kritikan yang mengatakan saya tak boleh menyanyi menjadikan saya lebih kuat. Ilmu dari kelas vokal yang saya sertai dulu dipraktikkan sekarang. Alhamdulillah rezeki saya dalam industri seni masih ada. Untuk sukses perlu cekal menghadapi cabaran kerana itulah yang mematangkan diri saya untuk menempuh hari-hari mendatang,” ungkap Nabila.", "PINJAM SEMANGAT DATUK SERI SITI NURHALIZA & DAYANG NURFAIZAH", "“Saya sangat kagum dengan DS Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Bukan hanya dari segi kehebatan vokal bahkan aura personaliti yang dimiliki oleh kedua-dua figura tersohor itu.", "Pastinya mereka lebih tabah mengharungi liku-liku dalam perjalanan seni. Saya benar-benar menginspirasikan semangat mereka yang layak digelar ikon ,” kongsi Nabila yang berpegang kepada prinsip, sentiasa meletakkan niat yang betul dalam apa jua perkara di samping fokus dan konsisten.", "MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA", "“Semoga saya dapat mengembangkan lagi bakat ke peringkat lebih jauh seterusnya membahagiakan ibu dan bapa yang selama ini menjadi tulang belakang dalam karier seni saya.Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya dapat menjadi seperti hari ini. Tak mungkin juga saya dapat berdiri sekuat hari ini.", "Nasihat saya buat generasi muda, jangan mudah melatah dan menghukum kesilapan orang lain. Luaskan lagi minda anda agar kehidupan menjadi lebih baik dan bermanfaat buat semua,” akhiri Nabila." ]
End of preview. Expand in Data Studio

No dataset card yet

Downloads last month
2